HomeDUNIADoktor di hospital Wuhan mati selepas merawat pesakit dijangkiti #coronavirus

Doktor di hospital Wuhan mati selepas merawat pesakit dijangkiti #coronavirus - huluselangor.com

Seorang doktor yang bekerja di hospital di Wuhan, China – merawat pesakit yang dujangkiti coronavirus – meninggal pada Sabtu pagi (25/01/2020).

Dr Liang Wudong, 62, meninggal dunia selepas dia dijangkiti coronavirus Wuhan.

Wudong telah bersara tahun lepas sebagai ketua bahagian telinga, hidung dan tekak di salah satu hospital terkenal di Wuhan, Hubei Provincial Hospital of Integrated Chinese & Western Medicine, lapor The Wall Street Journal.

Doktor tersebut sakit minggu lalu dan dipindahkan ke Pusat Rawatan Perubatan Wuhan, yang juga dikenali sebagai Hospital Jinyintan.

Akhbar utama Parti Komunis, People’s Daily, menggelar beliau sebagai hero kerana berada “di barisan hadapan menentang” coronavirus dalam satu catatan di Twitter.

Coronavirus, yang menyebabkan radang paru-paru, setakat ini menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 41 orang sementara sekurang-kurangnya 1,355 dijangkiti, menurut Global Times, sebuah akhbar bahasa Inggeris di China.

Kebanyakan kes terjadi di dalam dan di sekitar Wuhan, di tengah China, tetapi sekurang-kurangnya 19 orang lain telah dijangkiti sehingga Malaysia, Australia, Perancis dan AS. Tiga orang di bawah pemerhatian di New York State, kata Gabenor Cuomo hari ini.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China berkata enam kumpulan daripada 1,230 kakitangan perubatan dihantar ke Wuhan untuk membantu melawan wabak, melalui tweet China Global Television Network. Satu lagi enam kumpulan sedang dalam panggilan (on call).

Kerajaan sedang memoercepatkan pembinaan sebuah hospital baru untuk menangani krisis, yang dijangka beroperasi dalam masa dua minggu.

HomeDUNIADoktor di hospital Wuhan mati selepas merawat pesakit dijangkiti #coronavirus

Berkaitan

POPULAR