[DINtv] Pemandu Grab pakai kain sarung ambil penumpang di KLIA2

0
410

Perkhidmatan Grab kini semakin popular dalam kalangan pengguna pengangkutan awam dalam memastikan mereka sampai ke lokasi dituju.

Pemandunya tanpa mengira waktu setia mengambil dan menurunkan penumpang sebagaimana lokasi yang ditetapkan.

Namun, bagaimana pula jika pemandunya berkain sarung? Adakah ia ancaman kepada penumpang wanita?

Demikian video yang dikongsikan peguam M Manoharan di Facebook semalam. Rakaman itu menyaksikan seorang pemandu memakai kain sarung mengambil penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Video tersebut menyaksikan pemandu lelaki membawa kereta Perodua Alza biru sedang memasukkan bagasi di ruang penyimpanan.

Pemandu di belakangnya pula merakam aksi berkenaan sambil mengulas perbuatan lelaki berkenaan di kawasan ketibaan.

Rata-rata warga maya melihat tindakan itu bukan masalah kerana ada pemandu berseluar pendek ketika bertugas.

Bagaimanapun, seorang pengguna lain berkongsi etika pakaian pemandu Grab yang memerlukan mereka memakai baju-T berkolar, seluar panjang dan kasut bertutup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.