HomeBERITAPerbicaraan kes rasuah Tan Sri Isa Samad - siapa sebenarnya yang meminta...

Perbicaraan kes rasuah Tan Sri Isa Samad – siapa sebenarnya yang meminta komisen - huluselangor.com

Cuba baca ini dan perhatikan nama siapa yang meminta wang dan menerima wang dari syarikat itu:
—–

Bekas Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini, bahawa beliau memberi wang suapan berjumlah RM3.09 juta kepada Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selepas menerima “salam” daripada bekas Pengerusi Felda itu.

“Muhammad Zahid ada sekali sekala menghubungi saya untuk menyampaikan ‘salam’ daripada Tan Sri Isa. Saya memahami apa makna “salam” tersebut dan akur atas permintaan (dana politik).

Ikhwan Zaidel, 59, berkata wang bagi tujuan kerja-kerja politik yang diminta Mohd Isa itu diberi sebanyak sembilan kali dan dimasukkan ke dalam beg kertas untuk diserahkan kepada Muhammad Zahid Mohd Arip dalam sembilan pertemuan, untuk diberi kepada Mohd Isa.

Ikhwan dalam penyataan saksi berkata, beliau menyerahkan wang tersebut kepada Muhammad Zahid iaitu bekas pegawai khas kepada Mohd Isa, antara Julai 2014 hingga Disember 2015 di lokasi berbeza.
https://www.malaysiakini.com/news/497240

Namun, orang yang berurus, menyampaikan mesej “salam”, meminta dan menerima keseluruhan RM3 juta dari syarikat itu langsung tidak didakwa.

Sekarang, cuba tengok nama pertama yang disenaraikan dalam link ini:
http://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/anggota-pentadbiran/setiausaha-politik

……….

PERBICARAAN ISA SAMAD

Ringkasan Soal Balas Peguam Bela Terhadap Ikhwan Zaidel

Ikhwan Zaidel merupakan Pengarah Urusan Gegesan Abadi Properties Sdn Bhd (GAP). Beliau meletakkan jawatan pada 2010 sebagai Pengarah Urusan krn penstrukturan semula. Haji Ahmad Bustamim menjadi General Manager menggantikan beliau. Ikhwan terus membantu pengurusan sebagai pengarah GAP. Beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah kemudiannya terus membantu uruskan di samping General Manager juga menguruskan syarikat.

Pemegang saham untuk GAP ialah Ikhwan Zaidel menerusi IBZ Corporation. Beliau punya pegangan sebanyak 50 peratus di dalam yang IBZ Corporation yang kemudiannya memiliki pula GAP sebagai minoriti. Bahagian Kenyalang merupakan syarikat yang memiliki majoriti GAP sebanyak 75  peratus.

Ikhwan berjumpa dengan Azizi semasa mengerjakan umrah dan kemudiannya memaklumkan beliau mahu menjual Hotel Merdeka pada harga RM 180 juta berserta komisen.

Ikhwan kemudiannya menulis surat kepada Tan Sri Isa dan menawarkan harga sebanyak RM 200 juta kepada Felda Investment Corporation (FIC) dan bukan RM 180 juta seperti dimaklumkan kepada Azizi. INI BERMAKNA HARGA RM 180 JUTA TIDAK PERNAH DITAWARKAN KEPADA FIC.

Pada masa yang sama Ikhwan ada membuat perjanjian dengan Azizi di bawah confidential agreement menyatakan bahawa GAP hanya memerlukan Hotel Merdeka dijual pada harga RM 150 juta. Jika Azizi berjaya menjual pada harga RM 150 juta Azizi hanya akan dapat token sahaja tetapi jika ia berjaya dijual melebihi RM 150 juta bakinya akan menjadi kepunyaan Azizi.

Azizi kemudian memperkenalkan Ikhwan kepada Zahid Mat Arip yang pada ketika itu merupakan Pegawai Khas kepada Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad (TSI). Sekarang beliau merupakan Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Pada masa pertemuan tersebut hanya ada 3 orang di bilik Zahid Mat Arip iaitu Ikhwan, Zahid Mat Arip dan Azizi. Zahid Mat Arip dimaklumkan bahawa GAP mahu menjual Hotel Merdeka Palace pada harga RM 200 juta. Ikhwan tidak bertemu TSI tetapi menyerahkan surat dan kertas cadangan kpd Zahid Mat Arip.

Tidak lama kemudian Zaid Jalil menghubungi Ikhwan. Beliau dia tahu siapa Zaid Jalil ialah CEO FIC menerusi suratkhabar. Ikhwan tidak mengenali Zaid Jalil secara peribadi dan Zaid Jalik memaklumkan kepada beliau bahawa dia mahu ke Sarawak untuk melihat Hotel Merdeka Palace tersebut. Dalam lawatan ke Sarawak itu kemudiannya Zahid Mat Arip ada ikut sekali bersama Azizi.

Semasa di Sarawak Zaid Jalil, Zahid Mat Arip dan Ikhwan ada membuat courtesy call berjumpa Abang Johari yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu. Dalam perjumpaan itu Abang Johari menceritakan ttg betapa baiknya kawasan Hotel Merdeka dan perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan tersebut.

Setelah semua ini berlaku makalah barulah GAP dimaklumkan untuk melantik syarikat hartanah Azizi sbg agen penjualan Hotel Merdeka. Ini bermakna segala perjanjian komisen, harga dan sebagainya tidak dimaklumkan kepada Lembaga GAP dan juga sebelum Ikhwan bertemu dengan TSI.

Mahkamah juga dimaklumkan bahawa semua due diligence diaturkan oleh Zaid Jalil selaku CEO FIC. Tidak lama kemudian surat diterima oleh GAP yang ditandatangani oleh Zaid Jalil yang menunjukkan Lembaga FIC menolak pembelian Hotel Merdeka. Ikhwan tidak tahu kenapa FIC tolak tawaran tersebut.

Ikhwan kemudian turun ke KL berjumpa dengan Zahid Mat Arip dan memaklumkan ttg penolakan tersebut. Ikhwan dan Ibrahim Baki kemudian bersetuju utk turunkan harga kpd RM 165 juta. Surat tawaran dikeluarkan pada 28/05/2014

Kemudiannya GAP menurunkan lagi harga hotel dari RM 165 juta kpd RM 160 juta juta. Surat dihantar kepada Zaid Jalil sedangkan sebelum ini urusan surat menyurat semuanya dihantar kepd TSI. Ini sesuatu yang menghairankan seolah beliau mahu menyembunyikan sesuatu malah yang lebih pelik Ikhwan menurunkan kepada RM 160 juta tanpa tahu kenapa FIC menolak tawaran asalnya. Ia seolah-olah ada seseorang yang memaklumkan kpd beliau agar menurunkan harga tsb.

Pada masa yang sama Ikhwan juga membuat perjanjian agar lebihan RM 10 juta yang diterima oleh Azizi sebagai agen harus dikembalikan semula kepadanya sebanyak RM 9 juta. Ini bermaksud Azizi hanya akan mendapat RM 1 juta sahaja manakala selebihnya akan diambil kembali oleh Ikhwan. Ini juga sesuatu yang pelik kerana kenapa beliau mahukan wang RM 9 juta tersebut lagi sedangkan beliau sudah pun mendapat bahagianya menerusi pemilikan GAP.

Zahid Mat Arip kemudiannya mengaturkan pertemuan dgn TSI selepas harga diturunkan kpd RM 160 juta. Inilah buat pertama kalinya Ibrahim Baki dan Ikhwan berjumpa TSI. Menurut Ikhwan Isa memberi jawapan positif dan tidak menjanjikan apa2 kerana beliau memaklumkan segalanya bergantung kepada keputusan Lembaga FIC dan Felda. Ertinya tiada jaminan pembelian daripada beliau sendiri.

Ikhwan juga mengesahkan TSI tidak pernah meminta apa apa pulangan daripada Ikhwan dalam semua perjumpaan mereka.

Ikhwan juga mengesahkan bahawa yang menyebut bahawa wang diperlukan sebagai dana politik ialah Zahid Mat Arip. Ikhwan tidak pernah mendengar dari mulut TSI dan beliau juga tidak pernah sahkan samada itu memang permintaan Tan Sri sendiri dengan sesiapa sekalipun walaupun dengan TSI sendiri.

Ikhwan juga tidak pernah menyatakan kpd FIC harga yang diletakkan oleh GAP iaitu sebanyak RM 150 juta. Yang beliau nyatakan kepada FIC hanyalah harga sebanyak RM 200 juta yang kemudian diturunkan kepada RM 165 juta dan akhirnya kepada RM 160 juta.

Daripada perbicaraan hari ini dapat disimpulkan bahawa:

1. Segala nilai komisen, harga, perjanjian dan sebagainya dibuat sebelum Ikhwan bertemu dengan TSI

2. TSI tidak pernah meminta wang daripada Ikhwan. Semuanya dilakukan oleh Zahid Mat Arip yang mendakwa bahawa ia untuk tujuan politik. Beliau juga tidak pernah sahkan permintaan dan dakwaan Zahid Mat Arip ini dengan TSI atau dengan sesiapa pun walaupun beliau ada bertemu dengan TSI.

4. Semua wang diberikan Ikhwan kepada Zahid Mat Arip yang mendakwa TSI yang memintanya untuk tujuan politik.

5. Ikhwan tidak pernah mendapat mandat daripada syarikat GAP untuk membuat rundingan, menawarkan lantikan dll.

6. Ikhwan juga membuat perjanjian untuk memberikan lebihan wang dari penjualan kepada Azizi jika ia berjaya dijual melebihi harga RM 150 juta.

7. Lebihan RM 10 juta itu kemudiannya akan diambil semula oleh Ikhwan dan Azizi akan memperoleh sebanyak RM 1 juta sahaja.

8. Tidak pernah wujud nilai tawaran pada harga RM 150 sepertimana didakwa sebelum ini. Yang diterima oleh FIC hanyalah tawaran penjualan pada harga RM 200 juta kemudian RM 165 juta dan akhirnya pada harga RM 160 juta.

Perbicaraan bersambung pada tarikh 26 hb November 2019

HomeBERITAPerbicaraan kes rasuah Tan Sri Isa Samad - siapa sebenarnya yang meminta...

Berkaitan

POPULAR