HomePOLITIKDAP TIUP SENTIMEN PERKAUMAN DI SELANGOR

DAP TIUP SENTIMEN PERKAUMAN DI SELANGOR - huluselangor.com

Wakil pembahas Selangor pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2016), Budiman Mohd Zohdi berkata musuh sebenar kepada Barisan Nasional (BN) Selangor adalah parti DAP yang dilihat sering meniup sentimen perkauman dan suka menghasut untuk memecah-belah orang ramai .

budimanBerdasarkan isu-isu yang berlaku di negeri itu juga, Budiman berkata tindakan DAP di Selangor dilihat semuanya bagaikan kaduk naik junjung, rasis dan bersifat menghasut.

“Mereka DAP berhasrat menghapuskan perkampungan orang Melayu, bercadang menukar nama Bagan Nakhoda Omar, kepada Bagan Nakhoda Chong.

“DAP mencetuskan semangat ketidaksetiakawanan apabila jawatan Timbalan Speaker yang diberikan kepada PAS, mereka secara rakus turut mahu bertanding untuk jawatan itu. Mereka juga menyemai benih kebencian supaya rakyat takut untuk sokong BN atas hasutan DAP,” kata Budiman.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden UMNO, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Jumaat.

Budiman yang merupakan Ahli Parlimen Sungai Besar, berkata pengundi di Selangor terdiri daripada komposisi rakyat Melayu dan bukan Melayu maka pendekatan yang perlu diambil mestilah dilihat menjaga semua kaum ketika mereka memerlukan.

Maka untuk memenangi hati pengundi di Selangor menurut Budiman adalah melalui pendekatan yang digunakan.

“Di Parlimen Sungai Besar hari itu BN menang di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Cina adalah hanya kerana pendekatan. BN ini bukan rasis, kita membantu semua kaum disaat kesusahan.

“Kerajaan Negeri Selangor dengan lagu ‘Bangau oh Bangau’ tetap di hati mereka, mereka salahkan BN tatkala ada masalah di Selangor sedangkan apa yang mereka selalu buat adalah menjenamakan semula kerja BN, macam ‘lembu punya susu sapi dapat nama,” katanya.

Sementara itu, Budiman menyarankan kepada UMNO dan BN formula tiga P dalam usaha menawan semula Selangor daripada pembangkang iaitu Perpaduan, Pertelingkahan dan Penjenamaan.

“Perpaduan dalaman parti dikuatkan, pertelingkahan pembangkang yang perlu dihidu dan penjenamaan semula parti,” katanya.

20161202-pau2016-budiman-zuhdi-selangor

HomePOLITIKDAP TIUP SENTIMEN PERKAUMAN DI SELANGOR

Berkaitan

POPULAR