Banjir: ‘DAP juga sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor namun lebih minat berpolitik’ – Mohana

0
303
Banjir: ‘DAP juga sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor namun lebih minat berpolitik’ – Mohana

Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy menganggap tindakan segelintir pihak mencari publisiti murahan sambil mempolitikkan keadaan ketika rakyat bergelut dalam musibah banjir adalah sikap yang tidak bertanggungjawab.

Jelasnya, beliau kecewa dengan sikap ahli DAP yang cuba mencari ‘silap’ MIC bagi menyemarakkan kebencian rakyat.

“Seorang ahli DAP mengutuk MIC kerana ada kain rentang berkaitan misi bantuan banjir yang sedang dilaksanakan oleh MIC bukan sahaja di Lembah Klang seperti Taman Sri Muda Shah Alam atau Klang sebaliknya seluruh negara.

“Saya juga tidak faham bagaimana DAP pula meletakkan bendera di semua tempat banjir di sekitar Taman Sri Muda. Saya tidak faham dengan ahli DAP bernama Medaline Chang ini.

“Medaline, bukankah ramai yang letak kain rentang malah sukarelawan atau ahli politik serta orang perseorangan, syarikat korporat semuanya ambil gambar dan buat macam-macam untuk maklumkan kepada umum tentang usaha mereka?

“Bukankah DAP juga buat? Jadi apakah sebab anda menulis sedemikian untuk api-apikan rakyat kerana terlalu banyak tekanan, kesedihan, penderitaan dan duka? Adakah ini masa sesuai untuk kamu dan parti kamu cari publisiti murahan?

“Daripada kamu bercakap seperti ini lebih baik kamu turun padang dan buat apa yang perlu, lagi ramai yang tampil bantuan tanpa perbezaan dan idealogi politik adalah lebih kerana ramai lagi perlukan bantuan bukan berterusan berpolitik seperti ini, cukuplah,” katanya.

Tambah beliau, ketika ini keseluruhan jentera MIC sedang bertungkus lumus di semua lokasi banjir menyalurkan apa jua bantuan yang diperlukan oleh mangsa pada masa ini.

“DAP juga sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor namun lebih berminat untuk berpolitik. Teruskan berpolitik sementara kami turun padang buat apa yang perlu.

“Ini juga punca mengapa pada dua PRN, prestasi DAP merosot, kerana kamu suka bercakap sahaja dan tidak berbuat apa-apa,” tegasnya.

Baca juga:
Tiada lanjutan kontrak dikenakan untuk penggantian Unifi yang terlibat banjir
Jentera UMNO komited bantu rakyat terkesan banjir – Ahmad Maslan
BN selesai agih bantuan banjir sekitar KL, Selangor

Original Article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.