HomeGAYA HIDUPAGAMABolehkah solat jamak qasar di kampung Ibubapa?

Bolehkah solat jamak qasar di kampung Ibubapa? - huluselangor.com

Saya ada beberapa soalan kak..

1. Saya dan suami tinggal rumah di Johor. Suami kerja sini. Maksudnya inilah rumah kami menetap kan? Rumah (kampung) asal suami di Penang. Kalau kami balik Penang, di rumah saya boleh buat solat jamak. Suami saya boleh ke?

Jawapan: Tempat bermastautin (menetap) bergantung kepada niat kita. Jika kita memang tinggal dan bekerja di Johor, maka itulah tempat kita menetap. Selain tempat menetap, kita diharuskan menunaikan solat Jamak dan Qasar apabila melebihi 2 marhalah (kira-kira 96 kilometer). Oleh sebab itu, Sakinah dan suami boleh menunaikan solat Jamak Qasar di Pulau Pinang walaupun ia rumah asal suami. Tempat yang sudah ditinggalkan dan menetap di tempat lain tidak lagi dianggap tempat bermastautin.

2. Kalau saya balik rumah ibubapa di Sabah, boleh ke saya solat jamak di rumah?

Jawapan: Berdasarkan keterangan yang sudah dinyatakan di atas, boleh solat Jamak Qasar di rumah ibubapa di Sabah.

Namun perlu diingat, syarat sah Jamak Qasar di mana-mana tempat kita bermusafir ialah jika berniat tinggal kurang dari 3 hari. Jika kita berniat menetap lebih dari 3 hari, maka tidak harus solat Jamak Qasar apabila sampai ke tempat tersebut.

Jika kita tidak tahu berapa hari kita akan tinggal di sesuatu tempat, maka kita dibolehkan solat Jamak Qasar sepanjang masa kita berada di sana.

3. Misalnya saya pergi ke KL tinggal di bilik sewa selama 30 hari. Saya dah nak balik ke Johor lah, bas saya bertolak pukul 9 malam. Boleh ke saya buat solat jamak takdim maghrib dan isyak di bilik sewa itu atau perlu buat di tempat pada jarak tertentu?

Jawapan: Boleh solat Jamak Qasar di bilik sewa itu semasa hari berangkat untuk pulang ke tempat bermastautin kerana ia hanya tempat menginap sementara dalam musafir. Ia bukan tempat bermukim atau tempat mastautin.

Apa pun, bagi 1,2 dan 3 di atas terdapat khilaf pendapat. Ada yang mengatakan tidak boleh solat jamak qasar di kampung asal. Boleh rujuk di sini.

4. Kalau saya belajar dan tinggal di asrama USM 3 tahun. Malam itu saya nak ke KL, bas bertolak 9 malam. Boleh ke saya buat solat jamak takdim di dalam bilik saya?

Jawapan: Asrama tempat belajar dikira tempat bermukim. Jadi perlu keluar dari kawasan untuk menunaikan solat Jamak Qasar. Ia berbeza dengan bilik sewa di atas kerana bilik itu disewa untuk jangka masa pendek sahaja.

5. Niat jamak orang ajar “sahaja aku solat isyak fardu jamak takdim ke dalam waktu maghrib qasar 2 rakaat kerana Allah ta’ala”. Panjang sangat.. daripada kawan2 yang mengambil peluang untuk memberi ilmu kepada saya masa mula2 masuk Islam, saya pasti ramai yang buat niat begitu.. Bukan ke susah..

Bukan ke hanya cukup terlintas dalam hati ketika takbir “isyak fardu jamak takdim qasar” ? Jumlah rakaat dan kerana Allah ta’ala bukanlah yang wajib ada dalam niat tapi buat pun boleh. Dari bacaan buku formula solat sempurna ustaz zaharuddin begitulah saya faham dan juga kelas dan bengkel solat yang pernah saya ikut. Boleh kak jelaskan?

Jawapan: Benar apa yang difahami oleh Sakinah. Niat ialah lintasan dalam hati untuk menunaikan sesuatu. Ia tidak perlu disusun ayat yang panjang-panjang hingga susah mengingatinya, apatah lagi menyebutnya. Islam adalah agama yang mudah dan mempermudahkan ummatnya.

مَا يُرِيْدُ اللّٰهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِّنْ حَرَجٍ وَّلٰـكِنْ يُّرِيْدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَ لِيُتِمَّ نِعْمَتَه عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ‏

Maksudnya;
Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia mahu membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. –Al-Maidah; Ayat 6-

Muhammad Nasiruddin al-Albani berpendapat melafazkan ‘sahaja aku solat’ merupakan bid’ah yang bukan bersumber daripada Rasulullah s.a.w. Cuma ulama berselisih pendapat adakah ia bid’ah hasanah (bid’ah yang baik) atau bid’ah sayyi’ah (bid’ah yang buruk). Pendapat ini didasarkan kepada dua hadis berikut.

Adapun menetapkan niat dengan menyebut ‘lillah’ atau kerana Allah adalah perlu bagi membezakan kita melakukan ibadah semata-mata keranaNya. Jika tidak melafazkannya, dibimbangi niat kita terpesong untuk perkara lain.

Boleh juga niat seperti ini yakni niat pertama, “Solat jamak taqdim maghrib dan isyak”. Semasa mahu mengangkat Takbiratul Ihram solat Maghrib, niatkan secara khusus untuk solat tersebut, “Solat maghrib 3 rakaat kerana Allah”. Selepas salam solat Maghrib, bangun untuk Takbiratul Ihram solat Isyak dan berniat, “Solat Isyak qasar kerana Allah”.

Wallahua’lam.

syukran ya kak..

Sama-sama.

Ummu Abbas
3 Safar 1431H
2.24pm

Sumber: sayangIslam.com

HomeGAYA HIDUPAGAMABolehkah solat jamak qasar di kampung Ibubapa?

Berkaitan

POPULAR