HomePOLITIKBatal MoU dengan kerajaan sebelum timbul banyak masalah, Ramasamy beritahu PH

Batal MoU dengan kerajaan sebelum timbul banyak masalah, Ramasamy beritahu PH - huluselangor.com

Pakatan Harapan (PH) perlu membatalkan perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan persekutuan kerana ia tidak mempunyai tujuan selain memberikan kredibiliti kepada kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob, kata pemimpin DAP hari ini.

Menerusi kenyataan, P Ramasamy berkata, MoU itu diibaratkan sebagai beban yang dipikul oleh PH dan jika dibiarkan lebih lama, ia akan mengundang lebih banyak masalah.

“Memandangkan MoU dengan Putrajaya tidak memberi apa-apa faedah kepada PH, apa gunanya meneruskan perjanjian ini untuk kestabilan dan pembaharuan politik?”

Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, gabungan yang pernah dibanggakan kerana berjaya menawan kerajaan itu kini tidak mempunyai apa-apa selepas meletakkan kepercayaan pada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, keadaan pasti berbeza jika PH memberikan tekanan kepada Mahathir untuk melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan memihak kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Kerana percayakan Mahathir, PH terpaksa membayar harga yang tinggi.”

Ramasamy mengulas keputusan pilihan raya negeri (PRN) Melaka minggu lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) memenangi 21 daripada 28 kerusi, manakala PH hanya berjaya menang lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) menang dua kerusi.

Beliau berkata, walaupun PH kalah di Melaka tetapi ia masih teguh di peringkat pusat.

“Justeru, daripada bimbang dengan apa yang berlaku, persiapan perlu dilakukan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang (PRU15).

“Saya tidak pasti sama ada PH boleh mengulangi prestasi sama yang mengagumkan tetapi ia tidak mempunyai pilihan kecuali mula berusaha dari sekarang,” katanya.

HomePOLITIKBatal MoU dengan kerajaan sebelum timbul banyak masalah, Ramasamy beritahu PH

Berkaitan

POPULAR