HomeGAYA HIDUPAsus PureGo PD100 boleh beritahu sama ada buah & sayur dibasuh sempurna...

Asus PureGo PD100 boleh beritahu sama ada buah & sayur dibasuh sempurna ataupun tidak - huluselangor.com

Asus mungkin dikenali kerana telefon pintar dan laptop yang dikeluarkannya, seperti ROG Phone 5s dan Vivobook OLED. Kini mereka perkenalkan aksesori dapur pula iaitu PureGo PD100. Aksesori ini boleh menentukan paras racun serangga di dalam air basuhan buah dan sayur sebelum anda hidangkannya. Maka, anda bolehlah ketahui ia telah dibasuh sempurna ataupun tidak.

Cara gunakannya mudah sahaja, anda cuma perlu letakkannya bersama-sama rendaman buah dan sayur, ia terus akan menyala dan mengambil bacaan.

 

Gunakan air mengalir untuk membersihkan racun perosak atau sisa pada permukaan buah-buahan dan sayur-sayuran. PureGo akan memberitahu anda melalui lampu LED yang ada pada badannya ataupun anda boleh hubungkannya kepada APP telefon pintar dan rujuknya di sana.

APP telefon pintar PureGo ada beberapa ciri tambahan. Misalnya, ia akan menyimpan maklumat cara basuhan anda malah anda boleh kongsikanya dengan orang lain jika perlu.

 

PureGo PD100 miliki kapasiti bateri 1200mAh. Apabila tidak digunakan, PureGo PD100 perlu diletakkan di atas bekas pengecas tanpa wayar yang kelihatan seperti buaian.

Ia dijual pada harga USD199.99, iaitu dalam RM842.06. Anda boleh dapatkannya menerusi laman web Asus.

Produk ini nampak mudah digunakan, rekaannya yang bujur juga menampakkan PureGo sangat cantik dan bergaya apabila ditempatkan di dapur. Dengannya juga, mungkin ia akan menambahkan keyakinan anda bahawa sayur dan buah yang anda basuh sudah bebas daripada pencemaran.

Namun, harganya yang agak tinggi menjadikan produk ini hanya sesuai untuk yang berduit sahaja. Melalui halaman produk PureGo, ada dinyatakan bahawa produk ini boleh mengesan kira-kira 70% racun perosak yang digunakan di AS pada tahun 2020, bukannya sehingga 90%. Bagi saya, lebih baik jika rendam sahaja sayur atau buah dengan air garam atau cuka, lebih jimat untuk membersihkannya.

[Sumber: Gizmodo, Asus]

Original Article

HomeGAYA HIDUPAsus PureGo PD100 boleh beritahu sama ada buah & sayur dibasuh sempurna...

Berkaitan

POPULAR