HomePOLITIKAnwar Cadang Jawatankuasa Parlimen Pantau RMK12

Anwar Cadang Jawatankuasa Parlimen Pantau RMK12 - huluselangor.com

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen bagi memantau pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, jawatankuasa terdiri daripada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang itu antara lain bertanggungjawab meneliti kemajuan serta ketelusan semua program dan projek RMK12.

Mynewshub

Katanya, jawatankuasa itu juga tidak sekadar memantau kementerian dan agensi, malah perlu diberi kuasa memastikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) berkaitan dengan RMK12, lebih telus dan bertanggungjawab.

“Saya syorkan diwujudkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk memantau perjalanan badan kerajaan, juga GLC dan GLIC supaya lebih telus dan bertanggungjawab.

“Rancangan dalam RMK12 disebut inklusif, mampan. Namun, bagaimana boleh ini berlaku jika tiada pemantauan, dan apa makna memorandum persefahaman (MoU) jika tidak dapat bekerjasama memantau perjalanan.

“Ini penting supaya individu yang mentadbir GLC tidak fikir mereka boleh buat apa saja kerana GLC adalah korporat yang tidak perlukan laporan dibentang di Parlimen.

“Saya harap ini dapat pertimbangan Perdana Menteri yang tunjuk kesediaan dan keterbukaan untuk mendengar. Tapi jangan ini sekadar retorik, tapi bila babit penilaian ia tidak dapat dilakukan,” katanya ketika membahaskan RMK12 di Dewan Rakyat, hari ini. – BH Online

HomePOLITIKAnwar Cadang Jawatankuasa Parlimen Pantau RMK12

Berkaitan

POPULAR