HomeGAYA HIDUPAlonso gesa The Blues jangan putus asa

Alonso gesa The Blues jangan putus asa - huluselangor.com

LONDON – Bek kiri Chelsea, Marcos Alonso menggesa rakan sepasukan agar tidak patah semangat selain berjuang habis-habisan ketika menghadapi jadual padat dalam semua pertandingan.

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu mencatat keputusan yang agak mengecewakan dalam beberapa perlawanan terdahulu sehingga terlepas kedudukan sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL).

Walaupun dibelenggu jadual padat selain ramai pemain yang disahkan positif Covid-19, namun Alonso tidak mahu rakan sepasukan alpa menjelang aksi Liga Perdana menentang Aston Villa di Villa Park Isnin nanti.

“Memang sukar untuk mengekalkan aksi konsisten apabila terpaksa bermain banyak perlawanan dalam tempoh singkat, lebih-lebih lagi ramai pemain tidak boleh beraksi akibat pandemik.

“Bagaimanapun, kami perlu akur selain bersiap sedia walaupun keputusan tidak memihak kepada kami dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Saya harap kami boleh kembali ke prestasi lama seterusnya menerajui liga,” kata Alonso.

Sementara itu, Tuchel memberi bayangan beberapa pemain utama sudah pulih daripada kecederaan serta bebas virus Covid-19, namun beliau perlu menilai tahap kesihatan mereka sebelum perlawanan bermula.

“Ini adalah Liga Perdana dan kami akan bertemu Aston Villa, salah sebuah pasukan yang sukar untuk ditentang. Saya ada berita baik tetapi tidak boleh terlalu gembira kerana kesihatan mereka akan dinilai terlebih dahulu,” ujar beliau.

Original Article

HomeGAYA HIDUPAlonso gesa The Blues jangan putus asa

Berkaitan

POPULAR