HomePILIHAN RAYAAlhamdulillah, Kimanis milik BN!! - Hishammuddin

Alhamdulillah, Kimanis milik BN!! – Hishammuddin - huluselangor.com

Terima kasih pengundi Kimanis kerana mempercayai Datuk Mohamad Alamin untuk mewakili suara Kimanis di Dewan Rakyat. InsyaAllah, amanah ini akan dipikul sebaiknya demi masa depan dan kepentingan Kimanis. Malah, saya sendiri akan bantu Datuk Mohamad Alamin – ini janji saya!

Tahniah Datuk Mohamad Alamin serta seluruh jentera BN-PAS kerana telah berjaya memastikan satu lagi kemenangan yang amat besar nilai dan maknanya selepas PRK Cameron, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai. Kejayaan ini berhak kita banggakan!

Namun ingat, kemenangan bukan satu-satunya matlamat parti. Tekad terbesar kita ialah mahu membela kebajikan dan memenuhi keperluan warga Kimanis. Pendek kata, banyak lagi kerja yang mesti kita usahakan bersama-sama mulai sekarang. Semoga dipermudahkan Allah SWT. Amin Ya Rabbal Alamin.

🔵💪🏻

HomePILIHAN RAYAAlhamdulillah, Kimanis milik BN!! - Hishammuddin

Berkaitan

POPULAR