HomeBERITAAM📷 Misi Bantuan Bencana BN untuk rakyat terkesan banjir

📷 Misi Bantuan Bencana BN untuk rakyat terkesan banjir - huluselangor.com

Penyelaras Bantuan Bencana Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyampaikan bantuan keperluan asas di beberapa kawasan terjejas akibat banjir besar yang melanda Selangor pada minggu lalu.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional itu berkata, BN akan terus memperjuang menyelesaikan masalah banjir ini dan sedaya upaya berusaha meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

Selain dari menyerahkan bantuan, beliau juga turut mengadakan beberapa lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kawasan Sungai Besar.

Seterusnya Misi Bantuan Banjir BN diteruskan ke kawasan Parlimen Sabak Bernam dan disampaikan kepada Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Dato Abdul Rahman Bakri.

Difahamkan, antara kawasan terjejas di Sabak Bernam adalah Kg Batu 38, Kg Tebuk Pulai, Kg Sepintas, Kg Teluk Rhu.

Selepas itu, misi bantuan diteruskan ke PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Terap, Tanjong Karang.

Bantuan diterima oleh Setiausaha UMNO Bahagian Tg Karang, Haji Jasman Haji Anuar untuk diedarkan kepada penduduk terkesan.

Difahamkan, antara kawasan yang terjejas teruk di Tanjung Karang ialah Sungai Terap, Bukit Belimbing, Lubuk Jaya dan Berjuntai Bestari.

Dalam pada itu, Shamsul yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO turut menyampaikan sumbangan kepada UMNO Bahagian Kuala Selangor dan berkesempatan turun padang melawat beberapa rumah mangsa yang terjejas di Kuala Selangor bersama Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Dato Jahaya Ibrahim serta kepimpinan UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Tambah beliau, BN akan terus melaksanakan tanggungjawabnya dalam membantu rakyat.

“Kita akan terus meminta pihak kerajaan melaksanakan pelbagai langkah baik membangunkan infrastruktur, pembangunan ekonomi dan sebagainya bagi mengembalikan kehidupan rakyat yang terjejas sebagaimana biasa,” katanya.

Original Article

HomeBERITAAM📷 Misi Bantuan Bencana BN untuk rakyat terkesan banjir
Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Berkaitan

POPULAR