HomeGAYA HIDUPAkui Menyesal jadi transgender, Lucinta Luna mahu kembali ke fitrah asal –...

Akui Menyesal jadi transgender, Lucinta Luna mahu kembali ke fitrah asal – Tapi, rupa-rupanya…. - huluselangor.com

Baru baru ini, pendedahan penyanyi Indonesia, Lucinta Luna yang mengakui kesal bergelar transgender mengejutkan ramai pihak.

Dalam satu temubual video bersama pelakon Indonesia Boy William, Lucinta tampil dengan penampilan terbaru sebagai seorang lelaki sekaligus mendedahkan kekesalan dan perasaan sebenar yang dialami setelah melakukan pembedahan menukar jantina.

“Saya tak happy (jadi Lucinta Luna). Saya jadi takut, takut dengan dosa. Bahkan lepas jadi perempuan, saya bangun tidur dan melihat bahagian badan… Rasa macam kenapa berbeza. Dulu masa saya masih kecil bentuknya tidak begini. Ya Allah boleh tak saya balik lagi begitu?” katanya.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi mengenai prosedur pembedahan yang dilakukan di Thailand.

“Saya buat operasi di Thailand, biar orang percaya saya perempuan. Sebenarnya Lucinta Luna tiada. Sudah cukup la ya selama tiga tahun ini, sudah cukup dapat untung dari situ.

“Ya saya percaya satu hati nanti pasti kembali (kontroversi) lagi, tapi saya penat sahaja. Tapi terima kasih mendengar cerita saya,” katanya.

Namun begitu, di akhir video, pengakuan Lucinta rupa-rupanya hanyalah ‘prank’ dan lakonan semata-mata.

Lucinta juga tetap menegaskan dia seorang wanita semenjak lahir.

Isu jantina asal Lucinta sering menjadi perdebatan netizen dan ada yang mendedahkan Lucinta merupakan seorang lelaki yang bernama Muhamad Fatah.

HomeGAYA HIDUPAkui Menyesal jadi transgender, Lucinta Luna mahu kembali ke fitrah asal –...

Berkaitan

POPULAR