Mahathir sedia letak jawatan, kesal sikap biadap pemandu teksi

Mereka biadap kepada yang mungkir janji kerana yang mungkir janji adalah lebih biadap.

Padan muka kepada kedua belah pihak, kerajaan atau pemandu teksi kerana eangkuhan mereka sebelum PRU-14.

………………

LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad sedia meletak jawatannya selepas kesal dengan tindakan segelintir pemandu teksi bersikap biadap dan meninggalkan sesi dialog selepas enggan menerima penjelasan beliau berkaitan isu GRAB.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah bersara sebelum ini, namun kembali semula selepas diminta orang ramai untuk memulihkan keadaan negara.

“Saya nak tolong tapi kalau tak ada bantuan…saya pun tak boleh tolong juga. Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendiri. Tengok apa yang jadi.

“Saya bukan nak jadi Perdana Menteri, saya dah bersara…orang panggil balik, jadi saya datang.

“Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri, saya hari ini letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” katanya pada Sesi Dialog Bersama Pemandu Teksi Langkawi di sini, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 10 pemandu teksi bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising sebelum keluar dewan ketika Dr Mahathir memberi penjelasan berhubung isu e-hailing.

Sesi dialog itu dihadiri hampir 200 pemandu teksi Langkawi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas ekoran perkhidmatan GRAB yang dikatakan ‘mencuri’ pelanggan.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata, GRAB akan diminta menggunakan kenderaan yang diluluskan kerajaan, membayar insurans dan membayar cukai sama seperti teksi bagi memastikan persaingan adil.

“Saya pernah membangkitkan perkara ini dalam Kabinet…saya beritahu Menteri (Pengangkutan) supaya memperbetulkannya, tetapi malang sehingga kini tiada kemajuan langsung.

“Saya akan usaha lagi…saya pun rasa tidak adil. Perkara ini dalam perhatian saya tetapi saya tidak boleh bagi jaminan hapuskan GRAB, tetapi kita boleh samakan mereka dengan teksi,” katanya.


LIHAT video disini: https://youtu.be/B-PHNokBLac

https://huluselangor.com/tag/teksi

More From Forest Beat

MoU kerajaan-PH sah tidak disambung

Memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang dikatakan akan tamat pada 31 Julai tidak akan disambung, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Ismail yang...
POLITIK
1
minute

Perjanjian sulit terbatal, Muhyiddin patut ‘tekan butang’

Perjanjian sudah terbatal.  MoU pun dah tamat. Kenalah tekan butang. Semuanya sudah jelas sekarang. Rupanya ada perjanjian sulit untuk TS Mahiadin dan PPBM menyokong DS...
POLITIK
0
minutes

[VIDEO] UMNO ada Pelan B jika ROS tolak pindaan perlembagaan

UMNO akan mengadakan pemilihan sebelum akhir tahun ini sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan permohonan pindaan perlembagaan. Ahmad Maslan, berkata parti itu...
POLITIK
2
minutes

Tajuddin ‘barbaric’, kontroversial; tak layak jadi duta, kata Pemuda Umno

Exconya Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin membuat desakan itu selepas Tajuddin secara terbuka menyerang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. tindak-tanduk dan sikap yang telah ditunjukkan...
POLITIK
2
minutes
spot_imgspot_img