Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua menegaskan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan menyemak semula dan melepaskan aset bukan-strategik sebagai sebahagian daripada langkah kerajaan mengurangkan kos.
Tidak cukup kutip derma daripada Rakyat, kini aset kaum Melayu pula hendak dijualnya. Siapa Tony Pua? Di dalam Kerajaan jawatan beliau hanya Setiausaha Politik sahaja. Apa yang melayakkan beliau untuk mengumumkan perkara yang sebegini besar? Jawabnya, Kerana jawatannya dalam DAP lagi besar. Dan tugas DAP adalah melemah dan melenyapkan Melayu.
PNB adalah badan yang menguruskan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan pelbagai saham amanah lain. Makan angin keluar asaplah dividen ASB korang tahun ini dan tahun-tahun mendatang. Waktu DS Najib Tun Razak mula-mula menjadi Perdana Menteri (PM) tahun 2009, aset Khazanah ada RM33.7
Apabila DS Najib turun dari jawatan PM, beliau tinggalkan aset Khasanah RM115.7 bilion. Begitu juga dengan aset PNB, waktu mula-mula DS Najib menjadi PM asetnya adalah RM120 bilion. Waktu DS Najib turun aset PNB berjumlah RM279.2 bilion.
Faktanya adalah DS Najib bekerja keras menambah aset orang Melayu dan harta Kerajaan. Sedangkan apabila DAP berkuasa di Kementerian Kewangan, mereka memberi alasan hutang negara perlu dikurangkan dan kita perlu menjual aset yang dimiliki orang-orang Melayu. Padan muka. Haa tepuk!!!
………
UMNO tolak usaha penjualan aset Khazanah, PNB – Zahid
https://huluselangor.com/umno-tolak-usaha-penjualan-aset-khazanah-pnb-zahid/