MyPay mudahkan bayaran zakat

0
284

Pertama Digital Berhad (Pertama Digital) telah menjalin kerjasama strategik dengan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk memproses bayaran zakat tanpa tunai melalui MyPay, aplikasi yang dibangunkan oleh Kumpulan untuk perkhidmatan kerajaan.

MyPay dikendalikan oleh DAPAT Vista (M) Sdn. Bhd. (Dapat), anak syarikat Pertama Digital.
Pengarah Strategi Pertama Digital, Saify Akhtar berkata, pandemik Covid-19 telah mempercepatkan permintaan untuk perkhidmatan digital kerajaan, termasuk bayaran zakat tanpa tunai.

“Ciri sumbangan zakat MyPay sudah dilancarkan dan telah di­siarkan secara langsung dalam aplikasi bersesuaian agar ia sei­ring dengan musim kemuncak sumbangan zakat pada bulan Disember,” katanya dalam ­kenyataan.

Selain itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berbangga dapat bekerjasama rapat dengan organisasi sektor swasta selaras dengan model perkongsian antara rakyat, swasta, awam dan kerajaan.

Menurutnya, MyPay telah mencipta penyelesaian digital yang akan membantu meningkatkan kutipan zakat PPZ-MAIWP.

“Ciri bayaran zakat MyPay termasuk kemudahan kalkulator paling intuitif di pasaran yang bakal memudahkan lagi proses umat Islam menunaikan kewajipan mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dapat, Amanda Sabri menjelaskan, pihaknya melihat peluang yang baik untuk syarikat menyumbang kemahiran kepada masyarakat dengan kepakaran sedia adanya untuk melancarkan dan menskalakan penyelesai­an digital,” jelasnya.

Tambah beliau, PPZ-MAIWP telah mengutip RM756 juta zakat pada tahun 2020, yang mana hanya RM122 juta telah dikutip secara dalam talian.

Original Article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.