Zulkifli Ingatkan Pendakwah Selebriti Jaga Imej

SEPANG – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berharap kejadian kes jenayah membabitkan pendakwah selebriti di Malaysia tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Tegas beliau, perbuatan jenayah dilakukan segelintir mereka akan memberi persepsi buruk terhadap keseluruhan golongan pendakwah selebriti.

“Tolonglah jaga, termasuk diri saya. Saya ‘tok sey’ (tidak mahu) dengar pencabulan,” katanya ketika berucap pada majlis Tausiyah bersama pendakwah selebriti di sini pada Khamis.

Zulkifli berkata, kes jenayah membabitkan golongan pendakwah selebriti pasti akan mendapat liputan meluas di media.

“Kalau ustaz dengan gambar-gambar sekali (dipaparkan dalam media), dua minit kita tahu dah siapa (orang yang terlibat),” katanya.

Zulkifli berkata, para pendakwah selebriti juga perlu saling nasihat menasihati antara satu sama lain.

“Pertama, kita saling menasihati. Sesama Islam, salah satunya dalam majlis seperti ini, apabila kita bersama dekat satu sama lain, ingat mengingatkan.

“Maka di situ kita harap sinar pada tahun 2021 supaya tidak akan dengar lagi sebarang isu konflik seperti ini,” katanya.

Sambil berseloroh, beliau berkata, sekiranya membabitkan poligami, ia tidak mendatangkan masalah.

“Nikah dua, nikah tiga, nikah empat… tak mengapa. Tapi cabul ini, nak ulang perkataan itu pun tak sedap bunyinya,” katanya.

Sebelum ini, peserta program realiti TV berbentuk keagamaan, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau Dai’ Syed didakwa di dua mahkamah atas empat tuduhan melakukan seks luar tabii, mencabul, merogol serta melakukan kekerasan jenayah terhadap wanita.

Dai’ Syed, 25, ditahan pada 27 November lalu bagi membantu siasatan kes salah laku seks. – Sinar Harian

More From Forest Beat

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang...
AM
0
minutes

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada...
BERITA
0
minutes

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari...
AM
1
minute

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas...

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.
BERITA
1
minute
spot_imgspot_img