Zamani (Slam) akhiri zaman bujang, nikahi pembantu peribadi syarikat

72
0

Penyanyi Zamani Ibrahim mengakhiri zaman bujang selepas beliau diijabkabulkan dengan Nur Juliana Abdul Rani dengan sekali lafaz malam semalam.

Mengikut hantaran Instagram Zime Production milik penyanyi berusia 48 tahun, majlis berlangsung secara tertutup di Ampang dekat sini dibuat atas permintaan keluarga

“Saya sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf jika ada terguris perasaan mana-mana pihak untuk menjayakan Majlis Pernikahan ini demi menghormati permintaan pihak keluarga.”

Sambil berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis pernikahan, pihaknya memaklumkan tarikh majlis resepsi akan diberitahu kelak.

“Insya-Allah. Majlis Resepsi akan diadakan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak”.

Pada majlis tersebut, pihak Zamani menyerahkan sebentuk cincin dan mas kahwin RM300 bersama tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan.

Difahamkan, penyanyi kumpulan Slam 14 tahun mengenali Juliana yang juga pembantu peribadi di Zime Production.