Yazit Search meninggal dunia

71
0

Pemain dram kumpulan rock, Search Yazit Ahmad menghembuskan nafas terakhirnya pada 11.53 pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 58 tahun di sisi keluarga dan sahabat handai, lapor Sinar Harian.

Menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur di sini sejak semalam, anak Allahyarham berkata bapanya mengalami kerosakan otak yang teruk.

BERITA SEBELUM:

Otak rosak teruk, Yazit Search kini kritikal

Pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad kini dalam keadaan kritikal selepas dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi semalam.

Kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), anak bongsunya Shafiqa Nurlis berkata Yazit dimasukkan ke hospital akibat “kerosakan otak yang teruk”, lapor Berita Harian.

“Keadaan ayah sangat serius dan doktor memaklumkan kami sekeluarga perlu bersedia dengan segala kemungkinan kerana dia mengalami kerosakan otak yang teruk,” katanya.

“Doktor juga memberitahu, keadaannya sangat kritikal dan jika ayah bertahan, dia sekadar bergantung pada mesin semata-mata.”

Menurut Shafiqa, Yazit sesak nafas sekitar jam 3.40 pagi, berkemungkinan ekoran “terlebih minum air”.

Tambah beliau, jantung pemuzik veteran itu juga “terhenti seketika”, ketika dalam perjalanan ke HKL.

Yazit pada 3 September lalu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas, malah sebelum itu turut menderita kegagalan buah pinggang.