WhatsApp sekat talian hotline aduan larangan merokok KKM

Usaha kementerian kesihatan untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang larangan merokok di restoran dan tempat awam sejak 6 bulan lalu kelihatan terhalang, selepas talian hotline yang diwujudkan untuk memudahkan aduan awam disekat aplikasi pesanan mesej popular WhatsApp.

Mesej yang dihantar ke nombor 60108608949 tidak sampai kepada nombor tersebut tanpa tanda “double tick” pada aplikasi itu untuk menunjukkan ia telah diterima.

Menurut laporan FMT terdapat aduan mengenai privasi yang difailkan kepada WhatsApp yang mendorong pemilik aplikasi itu menyekat nombor tersebut.

“Pelanggaran privasi adalah sebahagian terma dan syarat WhatsApp. Kami kini sedang berunding dengan pakar undang-undang kami untuk melihat bagaimana kami dapat menyediakan saluran aduan ini melalui WhatsApp tanpa dituduh melanggar peraturan,” kata sumber di Kementerian Kesihatan lapor FMT.

Kami sedang menunggu maklum balas daripada WhatsApp.

Sebahagian dasar privasi WhatsApp seperti yang dinyatakan di laman webnya berbunyi: “Anda tidak akan menggunakan (atau membantu orang lain menggunakan) perkhidmatan kami dengan cara yang: (a) melanggar, menyalahi undang-undang, atau mencabuli hak WhatsApp, pengguna kami atau orang lain, termasuk privasi, publisiti, harta intelek, atau hak proprietari lain. ”

Talian hotline kementerian itu membolehkan orang ramai melaporkan individu yang merokok di tempat awam, termasuk restoran tertutup dan terbuka, yang diisytiharkan sebagai zon larangan merokok.

Orang ramai diberitahu untuk menghantar aduan mereka dengan gambar perokok yang sedang melakukan kesalahan tersebut dan lokasi kesalahannya.

Larangan merokok dikenakan pada 1 Jan, dengan denda sehingga RM10,000 atau penjara 3 tahun terhadap pelanggan dan pemilik premis yang gagal melaksanakan peraturan tersebut.

Di bawah peraturan ini, perokok hanya boleh merokok dari mana-mana restoran.

Kementerian Kesihatan telah melanjutkan tempoh penguatkuasaan pendidikan bagi larangan merokok di tempat-tempat makan sehingga akhir tahun ini.

More From Forest Beat

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang...
AM
0
minutes

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada...
BERITA
0
minutes

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari...
AM
1
minute

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas...

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.
BERITA
1
minute
spot_imgspot_img