Waspada Tawaran Pembiayaan ‘Lestari Pinjaman Peribadi KPKT’ Yang Menggunakan Logo KPKT

0
121
waspada-tawaran-pembiayaan-‘lestari-pinjaman-peribadi-kpkt’-yang-menggunakan-logo-kpkt

Menurut kenyataan media Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT):

KPKT telah menerima maklumat daripada orang awam berhubung tawaran pembiayaan peribadi yang diiklankan di laman Facebook iaitu ‘Lestari Pinjaman Peribadi KPKT’. Hasil semakan di laman Facebook tersebut, KPKT mendapati laman tersebut telah diwujudkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, yang telah menyalahgunakan logo KPKT (Jata Negara) dan logo syarikat Kedit Komuniti berlesen yang didaftarkan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta 400).

Sehubungan itu, pihak KPKT menafikan penglibatan dan tawaran iklan terhadap pembiayaan peribadi ‘Lestari Pinjaman Peribadi KPKT’ kepada orang awam. KPKT memandang serius terhadap mana-mana pihak atau syarikat pemberi pinjam wang berlesen atau tidak berlesen yang menyalahgunakan logo KPKT (Jata Negara), logo Kredit Komuniti dan lesen pemberi pinjam wang untuk tujuan penipuan (scam).

SUMBER:

Facebook Rasmi KPKT

Berita Harian

MAINKAN PERANAN ANDA!

Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,

Salurkan Kepada Kami
TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.