Banjir: Wanita UMNO gerak jentera pelbagai peringkat bantu mangsa banjir

0
246
Banjir: Wanita UMNO gerak jentera pelbagai peringkat bantu mangsa banjir

Seluruh negara berdukacita ketika ini dengan keadaan banjir yang luar jangkaan melibatkan hampir seluruh negara terutamanya di Selangor dan Lembah Klang.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norshida Ibrahim menganggap bahawa ini adalah kejadian bencana luar biasa dan mimpi buruk kepada semua.

“Seluruh negara berdukacita dengan keadaan banjir yang luar jangkaan melibatkan hampir seluruh negara terutamanya di Lembah Klang dengan kebanyakan kawasan dinaiki air menyebabkan jalan-jalan utama ditutup dan mangsa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Ditambah pula dengan suara-suara meminta bantuan daripada individu serta anak-anak yang terperangkap akibat banjir memenuhi media-media sosial,” katanya dalam hantaran melalui laman facebooknya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua pihak agar terus berhati-hati serta berharap agar jentera Wanita UMNO semua turun padang bagi membantu mangsa banjir sehabis baik.

“Wanita UMNO mengerakkan semua jentera Wanita di pelbagai peringkat untuk membantu mangsa-mangsa banjir di tempat masing-masing dan juga kawasan berhampiran dengan segala kudrat yang ada untuk membantu keluarga-keluarga yang terkesan.”

“Diingatkan juga kepada kesemua sukarelawan agar berhati-hati dalam suasana ini dan pastikan keselamatan diri terpelihara.

“Kita doakan agar kesemua mangsa terlibat kejadian banjir berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah,” katanya lagi.

Original Article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.