[Video] Pendedahan Hamid Bador sia-sia kerana sistem penyiasatan dan pendakwaan kerajaan sudah dirosakkan semenjak PH dan PN – Tok Uban

0
2441

Betul kata Tok Uban.
Katak tak siasat katak.
Katak beli katak.

Saya ambil video ini dari youtube.com. dengan tajuk “”Dia berkokok tapi belakang dia penuh dengan tahi” – Ini kebimbangan Tan Sri Abdul Hamid Bador terhadap campur tangan politik sebelum melepaskan jawatan sebagai Ketua Polis Negara.”

Semata-mata untuk merakamkan satu lagi kerja sia-sia olih seorang penjawat awam.

Ianya kerja sia-sia kerana SPRM yang dimintanya untuk siasat dan ambil tindakan sebenarnya turut terlibat dengan membuat wakil rakyat melompat parti.

Contoh terbaru: YB Xavier Jayakumar Arulanandam.

Wakil rakyat ini telah disiasat olih SPRM sebelum dia buat keputusan untuk melompat, meninggalkan parti asalnya selama 23 tahun.

Sepanjang 23 tahun itu, tidak pernah dia rasa takut, sehinggalah dia disiasat atas kelakuannya sebagai seorang menteri dalam kerajaan PH.

“Too close for comfort?” Adalah tu.

Sebenarnya, dah banyak dalam ‘file’ masing-masing.

Hanya kuasa untuk mendakwa itu terletak pada Peguam Negara. Siapa pula yang pegang Peguam Negara dan pegawai-pegawai di situ yang ‘makan gaji dan tunggu pencen’, macam cakap Tommy Thomas.

Pendedahan TS Hamid itu sia-sia kerana sistem penyiasatan dan pendakwaan kerajaan sudah lama dirosakkan semenjak PH dan juga semasa PN.

Jadi, kita terhibur je lah dengan cerita di youtube ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.