[VIDEO] Pembangkang Sabotaj Ekonomi

6
175

https://youtu.be/zIi7Uqee3OM

HULU SELANGOR: Tindakan pembangkang memanipulasikan isu tertentu dilihat sebagai langkah yang berbahaya kerana ia boleh mensabotaj ekonomi negara sedangkan isu berkenaan dimainkan hanya untuk memenuhi hasrat memenangi pilihan raya umum.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, usaha memburuk-burukkan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Lembaga Tabung Haji serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi isyarat kepada pelabur bahawa negara kini berada dalam ke­adaan yang tidak stabil.

Jelasnya, manipulasi tetap diteruskan meskipun beberapa pemimpin pembangkang termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetahui perkara sebenar dan beberapa kali telah dimaklumkan mengenai kedudukan syarikat pelaburan tersebut.

Katanya, perbuatan pembangkang yang menggadaikan nasib ekonomi dapat dibuktikan semasa beliau mengadakan lawatan ke Arab Saudi bulan lalu.

“Arab Saudi pernah meletakkan Malaysia dalam kalangan negara berisiko tinggi untuk melabur, disebabkan percaya dengan pelbagai tohmahan pembangkang.

“Isu-isu yang dimainkan adalah serius dan berbahaya, bukan sekadar berpolitik tetapi telah sampai ke tahap mensabotaj ekonomi. Jika pelabur menjauhkan diri dan institusi-institusi pelaburan negara tergugat, rakyat yang menjadi mangsa,” katanya semasa berucap dalam program Ceramah Rakyat Negaraku Generasiku di Taman Bu­nga Raya, Bukit Beruntung dekat sini malam tadi.

Abdul Rahman juga berkata, Dr. Mahathir licik menyusun strategi dengan memburuk-burukkan dasar kerajaan serta 1MDB sehingga menyebabkan syarikat pelaburan itu sukar meraih modal perniagaan.

“Dr. Mahathir berkomplot dengan pemimpin dalam dan luar kerajaan, ini diikuti de­ngan tindakan Muhyiddin yang lantang mengkritik kepimpinan Najib. Mereka buntu mencari isu dan menjadikan 1MDB sebagai modal politik kerana dapat memanipulasi angka-angka yang besar, sedangkan 1MDB hanya guna RM1 juta modal daripada kerajaan dan tidak pernah gagal membayar hutang.

“Niat buruk mereka telah menyebabkan 1MDB berdepan masalah. Syarikat ini sepatutnya membangunkan Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) yang bernilai RM170 bi­lion. Tetapi disebabkan dendam kesumat, mereka sanggup sabotaj 1MDB sehingga memaksa syarikat ini menjual aset-aset bagi mencari dana,” katanya.

Menurutnya, Muhyiddin se­orang yang hipokrit kerana be­liau turut berada di dalam Kabinet yang bersetuju untuk memulih­kan 1MDB, sebaliknya apabila berada di luar, menge­luarkan kenya­taan yang berbeza.

20170226-ceramah-rakyat-taman-bunga-raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.