HomeBERITAAM Lelaki dipercayai kurang siuman berada di atas bonet belakang sebuah kereta...

[Video] Lelaki dipercayai kurang siuman berada di atas bonet belakang sebuah kereta yang sedang bergerak - huluselangor.com

SEORANG lelaki yang duduk di atas bonet sebuah kereta yang sedang bergerak di Kilometer (KM) 210 Jalan Johor Bahru ke Seremban, Sabtu lalu dipercayai kurang siuman.

Berikut kenyataan dari Ketua Polis Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat

Tarikh : 12/04/2022 ( Selasa )

Berkenaan Video Tular Di Laman Sosial Seorang Lelaki Sedang Duduk Di Atas Sebuah Motokar Yang Sedang Bergerak Di KM 210 Jalan JB – Seremban

Pada 12/04/2022 telah tular satu video yang memaparkan seorang lelaki bangsa tidak pasti berada di atas bonet belakang sebuah motokar yang sedang bergerak dari Batu Anam menghala ke Pekan Gemas.

Satu laporan polis telah diterima, Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada 9/4/2022 jam 6 petang di KM 210 Jalan JB – Seremban ( Batu Anam ). Kejadian berlaku ketika pemandu motokar sedang memandu perlahan dengan secara tiba-tiba datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman telah menaiki pada bahagian bonet belakang motokarnya dan enggan turun.

Oleh kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarganya, Pemandu motokar tidak berhenti dan terus memandu di atas jalan raya. Tidak lama kemudian selepas beberapa kilometer berada di atas motokar, lelaki kurang siuman tersebut telah turun berhampiran Pekan Gemas.

Untuk makluman kes ini masih lagi di dalam siasatan pihak polis.

Supt.Bahrin Bin Mohd Noh
Ketua Polis Daerah
Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat
Johor.

HomeBERITAAM Lelaki dipercayai kurang siuman berada di atas bonet belakang sebuah kereta...

Berkaitan

POPULAR