HomeBERITAAM Kes pertama Omicron dikesan di Malaysia

[Video] Kes pertama Omicron dikesan di Malaysia - huluselangor.com

Kes positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron telah dikesan di Malaysia. Penemuan itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin, melalui satu sidang media pada hari ini.

Kes itu ditemui daripada ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan terhadap 74 sampel positif COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA, antara 11 November hingga 28 November 2021. Hasil daripada ujian tersebut, satu daripada sampel telah dikesan berkemungkinan besar adalah VOC Omicron. Jujukan genom seterusnya dilaksanakan dan mendapati keputusan positif bagi varian Omicron pada 2 Disember 2021.

 

Kronologi kes

Kes ini melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun. Dia tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November. Sebaik sahaja sampai di KLIA, dia menjalani ujian RT-PCR COVID-19.

Susulan ujian, dia yang merupakan pelajar dari sebuah Universiti swasta di Ipoh Perak, telah diperintah menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh. Perjalanan dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti.

Pada 20 November, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesahkan sampel ujian saringan tersebut positif COVID-19 dengan Ct Value 26.68. Dia dilaporkan telah menerima vaksin lengkap dan tiada gejala. Dia patuh pada arahan kuarantin dan meneruskan kuarantin di rumah yang sama selama 10 hari. Pelepasan diberikan pada 29 November.

Di samping itu, pengesanan kontak rapat telah dijalankan ke atas semua penumpang bas dan pemandu, yang berjumlah 5 orang. Mereka telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan kuarantin wajib. Ujian saringan pertama dan kedua kontak rapat disahkan negatif.

[Sumber: BH, KKM]

HomeBERITAAM Kes pertama Omicron dikesan di Malaysia

Berkaitan

POPULAR