HomeBERITA Empat pengedar dadah cuba lari berjaya ditangkap

[Video] Empat pengedar dadah cuba lari berjaya ditangkap - huluselangor.com

KUCHING: Empat lelaki warga tempatan yang cuba melarikan diri apabila diperiksa sepasukan pihak polis pada petang semalam di dapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Ketua Polis Daerah Kuching, Ahsmon Bajah berkata pasukan serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) dan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan bersama D9 IPK Sarawak telah membuat satu serbuan berkenaan di Jalan Satok, di sini pada petang semalam.

“Semasa usaha menghentikan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki keempat-empat suspek berkenaan, suspek telah bertindak melanggar tiga buah kereta orang awam dan sebuah kenderaan polis.

“Bagaimanapun, pasukan polis telah berjaya bertindak menghentikan kenderaan suspek dan menangkap keempat-empat suspek berkenaan,” katanya.

Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 34 tahun dan hasil pemeriksaan polis turut menemui dadah jenis syabu seberat 103 gram dan Erimin 5 (64 biji) bernilai keseluruhan sekitar RM13,200.

“Kesemua suspek kini turut ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya, rekod turut mendapati suspek mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah,” tambahnya.

Jika disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 diperuntukkan hukuman mati mandatori.

HomeBERITA Empat pengedar dadah cuba lari berjaya ditangkap

Berkaitan

POPULAR