TANGKAK – Sebuah dewan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mamat di sini musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.
Dalam kejadian pada pukul 12.52 tengah hari itu, bagaimanapun melibatkan 30 peratus dewan yang berkeluasan 700 kaki persegi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Penolong Penguasa Bomba Rafiah Aziz, berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian melalui panggilan kecemasan dari Pusat Gerakan Operasi (GPO) Negeri Johor.
Katanya, susulan itu, sebuah jentera FRT dan sebuah kenderaan EMRS dengan kekuatan tujuh orang anggota diketuai oleh beliau sendiri digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba dilokasi kejadian, didapati benar berlaku kebakaran sebelum kerja-kerja memadamkan kebakaran dijalankan.
“Anggota pasukan mengambil masa kira-kira 90 minit memadamkan kebakaran dan operasi ditamatkan pada pada pukul 2.18 petang selepas mendapati keadaan benar-benar selamat.
“”Pemeriksaan juga mendapati kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa,”katanya melalui kenyataan hari ini.
Menurut Rafiah, punca kejadian serta nilai kerosakkan masih dalam siasatan.