[Video] Beberapa kawasan di Batang Kali dan Rasa dilanda hujan lebat dengan angin kencang.

Di Batang kali beberapa batang pokok tumbang berhadapan Public Bank mengakibatkan sebuah kereta rosak.

Di Kampung Menyuruk beberapa rumah rosak dengan bumbung tercabut akibat angin kuat.

Di Kampung Batu 30 dan Taman Rasa Utama, pokok tumbang tetapi tidak melibatkan kerosakan harta benda.

Tiada kemalangan jiwa diblaporkan.