Harap KP Kesihatan atau kerajaan baharu akan buat U-turn serta-merta dengan tindakan membenarkan pengembara warganegara dan warga asing yang mempunyai kediaman di Malaysia menjalani kuarantin wajib di rumah sejak dua minggu lepas.
Langkah ini tidak memberi apa-apa manfaat pada Rakyat biasa yang sudah lama tidak dibenarkan keluar negara dan hanya menambah risiko bagi kemasukan varian Lambda serta varian Delta Plus yang dikatakan kebal vaksin ke dalam negara pada ketika kes baharu Covid kita masih cecah rekod tertinggi.
Golongan yang disasar dengan kelonggaran dasar tersebut mampu membayar kos kuarantin di pusat kuarantin atau hotel yang dipantau kerajaan.