UMNO Tolak Tawaran Bersatu Untuk KM Sabah – Annuar Musa

0
2568

Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan UMNO telah melakukan kesilapan terbesar dalam Pilihan Raya Negeri Sabah apabila menolak tawaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menamakan calon Ketua Menteri Sabah sebelum hari penamaan calon.

Menurut Annuar Musa, Umno tidak menyahut tawaran itu kerana ada pendekatan tersendiri. Bagaimanapun menurut Annuar, beberapa pendekatan dan strategi yang diambil sama ada Umno atau sekutu telah merugikan atau tidak mencapai sasaran.

Annuar mendedahkan perkara ini kepada portal Malaysiakini.com petang tadi.

“BN Sabah terlalu yakin memenangi 26 hingga 27 kerusi. Laporan pengundi putih pada awalnya begitu meyakinkan. 27 daripada 41 (kerusi jika dimenangi) melepasi sasaran stok putih,” katanya.

Bagaimanapun Annuar tidak menyatakan kepada portal terbabit apakah syarat yang dikenakan oleh Bersatu dalam persetujuan membenarkan UMNO mencalonkan Ketua Menteri Sabah.

Kenyataan Annuar Musa ini agak mengejutkan kerana kebanyakan kepimpinan tertinggi UMNO dilihat tidak mengetahui tawaran ini dan menganggap Bersatu telah mempermainkan mereka.

Misalnya Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, secara terbuka pagi tadi menulis UMNO telah dilemahkan oleh Bersatu dalam PRN Sabah.

“UMNO tidak boleh membiarkan episod pilihanraya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’. Justeru, telah tiba masanya Presiden UMNO memberikan pedoman dan halatuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita.”

Isnin lepas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga secara sinis mengeluarkan kenyataan sindiran terhadap konflik politik yang berlaku di Sabah.

“Dari katak menjadi putera raja selepas terima ciuman UMNO,” tulisnya ringkas.

………….
Kenyataan Penuh Tan Sri Anwar Musa.

  1. Saya terbaca byk artikel pasca PRN,dan banyak juga ditulis fakta yg tidak tepat dan bersifat “hearsay”
  2. Saya terpanggil utk menulis berasaskan maklumat “firsthand”, dan kongsi pengalaman. Jika ia khilaf, adalah kerana khilafnya tafsiran saya sendiri.
  3. Jawatan CM sebenarnya ditawar kpd UMNO oleh pimpinan PPBM sebelum penamaan calun. Silap Umno ialah tidak menyahut tawaran itu, dan kita ada pendekatan kita sendiri. Pendekatan itu menimbulkan kerumitan apabila jumlah kerusi BN jauh lebih rendah dari yg diharapkan
  4. BN Sabah terlalu yakin memenangi 26-27 kerusi. Lapuran pengundi putih pd awalnya begitu meyakinkan 27/41 kawasan melepasi sasaran stock putih.

5) Malangnya pada D Day tak sampai separuh yg diterjemah kpd “keluar” dan “undi” (GOTV)… ini paling rendah berbanding semua PRK sebelum ini. Menjelang pkl 3.00ptg hari mengundi hanya 7/41 melepasi garis kritikal. Ertinya jentera masih lemah atau data tidak tepat dan salah cula

6) Isu pertandingan “friendly” sesama sendiri yg berlaku ditulis byk pihak.Tak kurang tuduh menuduh. Pada pemerhatian saya ia bukan berpunca dari ppbm, malah umno dan ppbm tidak bertembung.Ia bermula bila PBS mahu byk kerusi dgn LAMBANG sendiri. Setelah masing masing tak beralah, berlakulah “free for all” dikebanyakan kerusi BBI (Bumiputera bukan Islam)

7) Tiga hari sebelum mengundi YAB PM dlm satu mesyuarat koordinasi cadangkan kompromi antara parti dgn cara TARIK SATU, DAPAT SATU melibatkan 8 kerusi, malangnya masing masing enggan beralah. Hasilnya hampir semuanya kalah di situ

8) Bung membuat satu pengakuan menarik bahawa calun calun muda dan baru kurang upaya menyaingi calun calun established.. ia suatu pengajaran yg boleh sama sama kaji.

9) Dari pemerhatian saya politik konfrontasional yg ujud dalaman Umno Sabah agak merugikan. Sekiranya politik rekonsiliasi di pakai, mungkin lebih byk kerusi boleh di menangi

10) Begitu juga percubaan mendapatkan byk kerusi utk bertanding tak semestinya untung. Yg lebih penting adalah kerusi yg di menangi, bukan yg ditandingi. BN bertanding 41, menang cuma 14. PN bertanding 27 tapi menang 17.

11) Keharmonian jentera antara BN dan PN juga bermasaalah di byk tempat. Byk bergerak dlm silo masing masing, baik pemimpin bawah, mau pun di atas.

12) Secara keseluruhan, UMNO DAN BN SABAH BERJAYA menumbangkan kjaan WARISAN tidak mudah. Tapi BUNG dan BN Sabah sudah berjaya melakukannya

13) Meskipun kecewa jumlah kerusi hanya 14, tidak seharusnya terlalu berpendirian negatif dan rasa gagal. Pada saya UMNO SABAH MENCAPAI KEJAYAAN YG BESAR… Dari tinggal hanya satu kerusi 2018, kini UMNO SABAH mempunyai 14 ADUN, bersama 1 jawatan TKM, 4 MENTERI, mungkin 5-6 TIMBALAN MENTERI, 2 ADUN DILANTIK, TIMBALAN SPEAKER DLL.

15) Kita harus percaya, kejayaan itu adalah hasil politik MUAFAKAT. Malah persengketaanlah yg telah menyebabkan kita kehilangan beberapa kerusi. GRS sepatutnya boleh memenangi 10 lagi kerusi.

Akhir kata usah kita lebarkan perpecahan yg amat didambakan musuh politik kita. Troopers mereka bergentayangan di alam siber dan menyamar kononnya mereka sbg grassroot Umno dan cuba melaga lagakan anggota BN MN PN.. Kerana kiranya itu mereka berjaya, maka berjayalah mereka menewaskan kita di PRU akan datang

BERMUAFAKATLAH, BERSATULAH KERANA ITULAH KEKUATAN KITA. Kelemahan kita, kita perbaiki bersama Insyaallah.

Bukit Damansara
1hb Oktober 2020

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.