Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Hari Ini ~ huluselangor.com

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh menggunakan teleskop untuk melihat anak bulan Ramadhan di Menara Kuala Lumpur, Ahad.

Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada 1 Ogos.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin ini, 1 Ogos 2011, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pada 26 Julai lepas, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.

HomeBERITAUmat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Hari Ini

Berkaitan

POPULAR