Tuduhan Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown terhadap Taib Mahmud BOHONG?

32
451
Tuduhan Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown terhadap Taib Mahmud BOHONG?

#PendakwaanBerpilih #KonspirasiMahathir #RuleOfLaw #MahathirBapakPenyamunNegara

Yang DiPertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud telah dibersihkan dari sebarang kesalahan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) sejak tahun 2013, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.

Mahathir tidak boleh dengan mudah mengumumkan siasatan penuh keatas 1MDB dan membuat tuduhan berterusan terhadap Najib, dalam masa yang sama menutup mata terhadap puluhan bilion yang ‘dicuri’ dari Sarawak.

Beliau tidak boleh menyiasat rasuah yang telah memudaratkan rakyat Malaysia tanpa mengambilkira untuk mengatasi contoh-contoh terburuk, yang berlaku di Malaysia Timur.

Jelas sifat pendendam Mahathir dengan pendakwaan berpilih penuh konspirasi.

…………….
‘MENTERI: TAIB MAHMUD BERSIH DARIPADA SEMUA SALAH LAKU PADA 2013’

Liew Vui Keong berkata, SPRM menjalankan beberapa siasatan ke atas bekas ketua menteri Sarawak itu dan hasilnya diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara membersihkan nama Gabenor Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud daripada sebarang salah laku sejak 2013, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang meminta perdana menteri menyatakan jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi keutamaan untuk memulakan siasatan ke atas Taib atas dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“SPRM sudah menjalankan beberapa siasatan terhadap bekas ketua menteri Sarawak itu.

“Semua hasil siasatan sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.”

Lihat sini: http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/19/menteri-taib-mahmud-bersih-daripada-semua-salah-laku-pada-2013/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.