Tuan Ibrahim Rai Kemenangan GRS Dengan ‘Super Ring’

0
578

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meraikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GPS) dengan memakan snek makanan ringan ‘super ring’.

Beliau yang juga merupakan Menteri Alam Sekitar berkata demikian melalui satu catatan ringkas di laman media sosial Facebook sebentar tadi.

“Try super ring malam ni sempena meraikan kemenangan GRS. Tahniah semua yang terlibat menjayakan kemenangan,” katanya sambil memuatnaik gambak bersama snek makana ringan tersebut.

Tidak ketinggalan bekas perdana menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak turut berkongsi cacatan tersebut di laman Facebooknya.

“Power Tn Ibrahim! Masa belum masuk tidur sebab bimbang dengan berita ada kapal yang karam,” katanya pula.

Najib lewat malam tadi menyindir kekalahan Warisan di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagai karamnya sebuah kapal.

“Dengar ada kapal tengah karam malam Ini? Kat mana?,” soalnya secara sindiran.

Terdahulu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan gabungan GPS berjaya memenangi 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Manakala gabungan Warisan dan Pakatan Harapan (PH) hanya memperolehi 32 kerusi manakala bebas memperolehi 3 kerusi.

Sumber:
Facebook Tuan Ibrahim Tuan Man