The Independent UK Dakwa Laporan Kes 1MDB Dan Jho Low Adalah Berita Palsu

5
318

ProTun dan Pakatun kena buat fitnah baru gunakan WSJ dan Sarawak Report. 

Agensi berita United Kingdom (UK) The Independent hari ini menyiarkan laporan bahawa kes yang melibatkan Low Taek Jho dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah hanya satu khabar angin yang dibuat-buat.

Laman portal agensi berita berkenaan memetik sumber dari Malaysia yang menjelaskan perkara berkenaan mendakwa agensi berita Wall Street Journal (WSJ) sengaja mereka-reka cerita.

Dalam laporan The Independent itu, ia memetik sumber berkenaan dengan berkata mereka yang memulakan laporan jahat itu ialah portal Sarawak Report (SR).

“Ia adalah palsu semata-mata, kerana Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai apa-apa ke atas Low,” menurut sumber berkenaan.

Sumber itu berkata menurut laporan berkenaan pihak berkenaan sudah membuat berita palsu pula berkaitan Perjanjian Petronas dan syarikat Aramco yang terbukti sudah berjaya.

“Anda tahu perjanjian Petronas-Aramco berjaya, dan kini mereka berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu memecat Ketua Pegawai Eksekutif Petronas kerana menentang perjanjian Aramco itu?”

“Ini adalah berita palsu!” kata sumber berkenaan.

Dalam laporan semalam, The Journal berkata, pihak berkuasa AS berhasrat untuk memfailkan tuduhan jenayah terhadap pembiaya yang berkaitan dengan skandal antarabangsa yang berakar umbi di Malaysia yang mereka percaya boleh menjadi salah satu penipuan kewangan terbesar yang pernah berlaku, menurut mereka yang tahu tentang perkara itu.

The Journal berkata pasukan Jabatan Kehakiman baru sahaja selesai lawatan ke Singapura untuk menjalankan temu bual yang berkaitan dengan Low dan lain-lain aspek berkenaan 1MDB, menurut dua orang yang tahu mengenai lawatan itu.

Sebenarnya isu berkaitan 1MDB sudah lama selesai dengan tidak berasas kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang mengarahkan siasatan terperinci dilakukan dan pihak berkuasa yang terbabit sudah mendapati tidak ada asas untuk mengaitkan beliau dengan apa-apa jenayah.

————————-

Rujukan:

DOJ Case Against Jho Low-1MDB Is Fake News

Sources in Malaysia insist the news of a US Department of Justice (DOJ) criminal case being prepared against flamboyant Malaysian financier Low Taek Jho – commonly known as Jho Low – is only a rumour.

Read more here: http://www.theindependent.sg/doj-case-against-jho-low-1mdb-is-fake-news/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.