Thailand rampas dadah bernilai hampir RM126 juta

0
228

BANGKOK – Pejabat Kastam Pelabuhan Bangkok merampas lebih 193 kilogram amphetamina yang disembunyikan di dalam beberapa buah beg tumbuk bagi penghantaran ke Australia, lapor laman berita Wion News semalam.

Dadah tersebut disembunyikan di dalam 15 buah beg tumbuk.

Kesemua narkotik itu bernilai kira-kira AS$30 juta (RM125.9 juta) di Australia.

Beberapa pegawai ketika bercakap pada satu sidang akhbar berkata, pihak berkuasa kastam Thailand berasa curiga kerana beg latihan Muay Thai tidak mendapat permintaan yang banyak di Australia. Mereka kemudian memeriksa rapi penghantaran tersebut.

Namun, pihak berkuasa berkenaan tidak memberikan butiran bila dadah itu dirampas.

“Penduduk Australia mengambil sekitar 11 tan dadah methamphetamine setiap tahun dan membelanjakan AS$11 bilion (RM46.1 bilion) untuk narkotik, justeru terdapat pasaran untuknya di negara ini.

“Kejayaan memintas bekalan dadah di luar pesisir seperti Thailand adalah sesuatu yang hebat dan kami berterima kasih di atas kerjasama Bangkok,” kata Pemangku Superintendan Pasukan Pengawal Sempadan Australia, Joel Carruthers.

Pengeluaran methamphetamine di kawasan Segitiga Emas meningkat secara drastik sejak beberapa tahun lalu, demikian menurut Pejabat Hal Ehwal Narkotik dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Lokasi tersebut terletak di kawasan sempadan antara Thailand, Laos dan Myanmar.

Pihak berkuasa Thailand dan Australia masih menyiasat rampasan terbaru itu. – Agensi

Baca juga:
Selebriti wanita berusia 34 tahun ditahan positif dadah
Cubaan edar dadah guna alat permainan tumpas
Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Original Article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.