Tanah runtuh? Banjir? Salahkan Tuhan teruslah!

Sahabat Alam Malaysia (SAM) yang terdiri dari pakar mengenai kelestarian alam semulajadi berkata, mereka telah memberi amaran kepada kerajaan Pulau Pinang bahawa tragedi tanah runtuh akan terus berlaku sekiranya cerun-cerun terus ditarah. Walau bagaimanapun, mereka telah dicap sebagai pembuat masalah.
BACA sini: Penang landslide: We told you so, experts tell state gov’t ((https://www.nst.com.my/news/nation/2018/10/422913/penang-landslide-we-told-you-so-experts-tell-state-govt)

Malah, pakar tanah Dr Kam Suan Peng pernah mengutarakan masalah penghakisan cerun di Bukit Kukus akibat pembangunan yang tidak dipantau sebanyak dua kali kepada kerajaan negeri, namun tidak diendahkan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata bahawa kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus yang telah mengorbankan seramai 3 orang dengan 3 orang masih hilang itu telah disebabkan oleh hujan lebat.
BACA sini: Rain could have caused fatal Penang landslide, says CM ((https://www.themalaysianinsight.com/s/104964)

Alasan tersebut sama seperti guru beliau yang kini menjadi Menteri Sidang Media.

Semasa menjadi Ketua Menteri, Menteri Sidang Media pernah gunakan alasan hujan lebat untuk menerangkan kejadian banjir berulang kali di negeri tersebut.
BACA sini: Guan Eng dedahkan punca banjir di Pulau Pinang (http://www.sinarharian.com.my/mobile/ultras/liga-antarabangsa/guan-eng-dedahkan-punca-banjir-di-pulau-pinang-1.731596)

Malah, beliau juga yang terkenal dengan kesilapan titik perpuluhan pernah memperbetulkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia kerana tidak menepati citarasa beliau. Titik perpuluhan pun salah, ada hati nak ajar orang lain.
BACA sini: Guan Eng betulkan maklumat Jabatan Meteorologi tentang taburan hujan P. Pinang (https://www.roketkini.com/2017/11/20/guan-eng-betulkan-maklumat-jabatan-meteorologi-tentang-taburan-hujan-p-pinang/)

Apa-apa pun, tahniahlah kepada para pengundi Pulau Pinang kalau ada adik-beradik, sanak-saudara, rakan-taulan yang mati tertimbus atau lemas. Anda sendiri yang memilih kerajaan anda. Elok sekiranya anda ikut aje salahkan hujan…atau nak blanket cover, salahkan Tuhan terus.

SeademonTV

More From Forest Beat

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang...
AM
0
minutes

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada...
BERITA
0
minutes

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari...
AM
1
minute

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas...

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.
BERITA
1
minute
spot_imgspot_img