Tahun 2022, banyak lagi kejutan dunia artis

0
383
Tahun 2022, banyak lagi kejutan dunia artis

SUDAH seminggu tahun 2022 berlangsung dengan apa adanya, kesukaran mangsa banjir, keresahan rakyat berhubung umrah dan haji dan macam-macam lagi.

Itulah hakikatnya yang harus diterima, masuk tahun 2022 atau tahun 2032 sekali pun, masalah sama mungkin berlarutan. Namun dalam berdepan ujian yang bakal jadi epik buat semua, kita berpeluang menikmati sebuah lagi anugerah, usia dan nafas yang dipanjangkan Tuhan, malah mungkin beroleh kehidupan lebih baik.

Seperti yang berlaku kepada selebriti Heliza Helmi yang bertemu jodoh dengan jutawan yang juga pakar motivasi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada hari pertama 2022. Entah berapa lama kenal, penulis percaya perancangan pernikahan mereka sudah dirancang sejak tahun lalu.

Sedang Heliza sibuk dengan misi kemanusiaan dan kerja amal, kebahagiaannya sebagai wanita juga terisi dengan kehadiran Mahadi. Cuma sebagai orang berprofil, matang dan jelas hala tuju, kisah cinta mereka tidak pernah dibongkarkan.

Itu antara pemyumbang membuatkan perkahwinan mereka menjadi tular dan dicemburui banyak orang.

Namun, ketika semua orang terkejut dan tumpang bahagia dengan perkahwinan Heliza, penulis sebagai antara wartawan yang mengikuti perkembangan dunia hiburan sejak 20 tahun agak terkesan dengan pandangan rendah sesetengah pihak, paling menyedihkan bekas penulis hiburan sendiri secara mudah mencebik bahkan secara terang-terangan menghina wartawan hiburan asbab tidak dapat mencium percintaan dan agenda perkahwinan Heliza dan Mahadi sejak dari awal.

Janganlah mengeji, kata padan muka kepada golongan wartawan hiburan zaman media sosial ini kerana hanya gagal dapat tahu perancangan nikah artis. Perkara ini mungkin serius, mungkin juga kelakar.

Kelakar kerana dalam rata-rata khalayak mengutuk wartawan hiburan kerana suka pedulikan hal dalam kain artis, tetapi ramai pula mengutuk kata wartawan tidak buat kerja sebab tak tahu soal perancangan nikah cerai artis.

Lapor tetap lapor, zaman sekarang kadangkala melaporkan kejadian yang sedang berlaku lebih mudah diterima berbanding lapor benda belum nak jadi.

Perkahwinan dan percintaan selebriti memang penting dalam skop kewartawanan hiburan tanah air. Kalau dahulu wartawan boleh hidu dan simpan cerita untuk ‘skop’ dan diterbitkan hanya pada waktu disifatkan paling tepat, sekarang perkara itu sukar dilakukan.

Artis sekarang lebih rela simpan kisah mereka untuk platform media sosial mereka sendiri. YouTube, TikTok atau Instagram, lebih panas dan lebih menarik dan terkini status untuk dikongsikan, lebih banyak view dan angagement yang mereka peroleh. Peluang jana pendapatan cara tersebut sudah terbukti.

Jadi, untuk yang mudah mengkritik itu ini, mencebik dan menghentam tanpa guna kewarasan akal, ini baru bulan pertama tahun 2022. Banyak lagi kejutan atau perkara yang kita tak pernah dengar pada tahun-tahun terdahulu bakal berlaku tahun ini untuk diperkatakan. Simpan sikit idea cerdik untuk masa akan datang.

Original Article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.