Sumpah Mahsuri

Sumpah Mahsuri sudah terlerai. Apakah sumpah rakyat akan berulang semula di zaman Tun M? Na’uzubillah.

Negara sudah caca marba. Sistem ekonomi ditadbir oleh Nobita “the sadist economic practitioner” manakala sistem sosial dan politik diurus oleh “the dark triad personality” yg malevolent.

Menerukkan keadaan apabila Ketuanya terpaksa menjalankan tugas seperti Wan Pekerma Jaya yang tunduk mengikut telunjuk Wan Mahora yang setiap saat disumpah oleh Mahsuri yang dizalimi;

“Ya Allah, Ya Tuhan Yang Maha Melihat Segalanya, aku redha akan matiku jika benar aku bersalah tapi jika benar aku dianiaya…sesungguhnya aku haramkan darahku mengalir ke bumi ini, dan aku sumpah, bumi Langkawi tidak akan aman, berpuakalah menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan!”

Oleh Mad Nadzari Ahmad Dahlan