Sulaiman selesai angkat sumpah sebagai ketua menteri Melaka

0
165
Sulaiman selesai angkat sumpah sebagai ketua menteri Melaka

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka pada jam 12.58 tengah malam tadi.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama.

Turut hadir, Toh Puan Asmah Abd Rahman, Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Utama Mohamad Hj Hasan, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sulaiman, 55, sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri BN jika parti itu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini merupakan kali kedua beliau dilantik selepas pertama kali pada Mac 2020.

Sebagai rekod, Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti besar 21 kerusi pada Pilihanraya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 pada Ahad.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.