Sulaiman Md Ali dan Ab Rauf Yusoh menang bergaya menewaskan PN

0
164
sulaiman-md-ali-dan-ab-rauf-yusoh-menang-bergaya-menewaskan-pn

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Sulaiman Md. Ali mendahului kutipan undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu berdasarkan keputusan rasmi.

Sulaiman yang juga merupakan calon Ketua Menteri BN bagi PRN kali ini telah menerima sebanyak 4,486 undian mendahului calon daripada Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan dengan majoriti 3,104.

Sulaiman berdepan pertandingan tiga penjuru bagi mempertahankan kerusi DUN Lendu menentang calon Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan.

Manakala satu lagi kerusi panas BN menang di kerusi DUN Tanjung Bidara selepas calonnya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengatasi calon PN, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

Pengerusi UMNO Melaka itu memperoleh 3,559 undi mengatasi calon pencabar terdekat yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu yang memperoleh 3195 undi dengan majoriti 364 undi.

Calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR, Zainal Hassan pula hanya memperoleh 489 undi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.