Suka mengumpat? Enam kategori diharuskan Islam

0
1339
  • Menyentuh tentang kezaliman
  • Meminta tolong menghentikan kemungkaran
  • Meminta fatwa
  • Takut dari keburukan
  • Menunjuk-nunjuk perbuatan fasiq

Mengumpat diharuskan agama tetapi perlu mengikut tujuan tertentu, menurut Azhar Idrus.

Menjawab persoalan warga maya tentang hukum mengumpat, Azhar merujuk pandangan Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithami yang menyebut enam pengecualian yang dibenar syarak.

Menyentuh tentang kezaliman, katanya perbuatan mengadukan hal jenayah kepada pihak polis menjadi kemestian untuk membantu menyelesaikan masalah dan ia tidak dikatakan sebagai mengumpat.

Kedua berkenaan meminta tolong menghentikan kemungkaran, iaitu menceritakan hal maksiat seseorang kepada seseorang yang disegani agar mudah untuk orang yang mendengar membuat teguran atau nasihat kepada pelaku maksiat.

Perkara ketiga pula, meminta fatwa melibatkan contoh seorang isteri mengadu hal rumah tangga kepada ulama atau mufti untuk mendapat keputusan berkaitan hukum ke atas suaminya.

Keempat dan kelima, jelas Azhar berkenaan takut dari keburukan dan orang yang menunjuk-nunjuk perbuatan fasiq (tidak beriman) iaitu mendedahkan hal peribadi seseorang yang diketahui kejahatan dan maksiat dilakukannya kepada orang ramai agar tidak tertipu.

“Seorang yang ingin mencari seseorang tetapi orang yang dicari itu tidak diingati namanya lalu dia menyebut sifatnya yang aib seperti yang capek (tempang) atau yang rabun, botak atau seumpamanya maka apabila gelaran itu disebut orang pun mengenalinya,” terang Azhar bagi syarat keenam hukum tersebut.

Mendapat lebih 4,809 tanda suka selepas sejam dimuatkan, ramai pihak bersetuju dengan pandangan Azhar, lebih-lebih lagi alasan ‘membuka aib’ sering digunakan oleh orang ramai.

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-346: MENGUMPAT YANG DIBENARKAN
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/3154-irsyad-al-hadith-siri-ke-346-mengumpat-yang-dibenarkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.