SKANDAL BMF, MAMINCO DAN FOREX: HABUK PUN TAK TINGGAL. APA YANG RAKYAT DAN NEGARA DAPAT BERBANDING 1MDB?

0
379

Walaupun Mahathir terus mempertahankan skandal beliau, sila diambil perhatian bahawa tidak pernah dilakukan apa-apa siasatan penuh sebenar ke atas skandal MAMINCO, BMF atau BNM FOREX.

Tidak seperti 1MDB, BPR (sekarang SPRM) dan PDRM juga tidak menyiasat. Sebab tidak ada laporan khas AG yang diarahkan oleh Mahathir terhadap ketiga-tuga skandal ini.

Satu lagi perkara penting bahawa tidak pernah ada apa-apa perolehan semula wang yang hilang dalam MAMINCO, BMF atau BNM. Semua dilupuskan dengan kerajaan menanggung sepenuhnya kerugian.

Kerajaan hanya pernah membiayai RM1 juta modal berbayar kepada 1MDB – dengan yang lain ke semua dipinjam, kebanyakannya melalui hutang jangka panjang akan matang di antara 2022 hingga 2039. 1MDB sudah melakukan usaha penting untuk melakukan pemulihan dan mereka masih meneruskan usaha mereka untuk pemulihan sepenuhnya dan dijangka menghasilkan keuntungan apabila Bandar Malaysia dan TRX terus berkembang.

Paling tak berguna daripada semua ini adalah MAMINCO, BMF atau BNM benar-benar menyebabkan kerugian menyeluruh dengan habuk pun tak tinggal.

Selain daripada beribu-ribu orang dihantar menubaikab haji dan juga usaha tanggungjawab sosial (CSR) dibiayai oleh mereka, 1MDB juga akan meninggalkan warisan yang jelas ketara sebanyak 8 pengkalan tentera dibiayai oleh mereka dan juga TRX dan Bandar Malaysia yang menjadi ikon masa depan Malaysia. Yang berlaku sekarang, pembangunan pantas TRX menyediakan aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kesan limpahan ekonomi kepada Malaysia.

Apa yang Malaysia dapat dengan MAMINCO, BMF atau BNM Forex skandal?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.