Sindiket edar rokok seludup bernilai RM5 juta tumpas

9
0

Satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran rokok seludup bernilai RM5 juta di sekitar Lembah Klang tumpas apabila enam lelaki ditahan di Puchong, dekat sini, semalam.

Kesemua mereka yang ditahan ialah masing-masing tiga lelaki tempatan dan warganegara Myanmar.

Hasil penahanan kesemua suspek berusia 24 sehingga 52 tahun itu, sebanyak 21, 800 rokok putih dan 11,130 keretek turut dirampas.

Selain itu, turut dirampas sebuah lori jenis Hino seberat lima tan dan dua kereta iaitu Toyota Vios serta Nissan Sentra sebagai bahan bukti siasatan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), hasil siasatan mendapati jumlah nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM5,142,888.

“Semakan lanjut juga mendapati seorang daripada mereka memiliki rekod jenayah lampau.

“Berikutan itu, kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dan direman selama tujuh hari berakhir Rabu depan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE.