HomePILIHAN RAYAShafie dakwa Putrajaya taja parti kecil untuk pecah undi melalui GRS

Shafie dakwa Putrajaya taja parti kecil untuk pecah undi melalui GRS - huluselangor.com

Presiden Warisan, Shafie Apdal mendakwa kerajaan persekutuan menubuhkan blok politik baru, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menaja parti kecil bagi memecahkan undi pada Pilihan Raya Negeri akhir bulan ini.

“Bagaimanapun, orang Sabah bukan mudah dipersenda atau diperbodohkan dengan penubuhan GRS kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan.

“Tujuan mereka untuk menaja beberapa parti politik yang ada walaupun kecil. Tujuannya ialah memecahbelahkan dengan niat mereka untuk menumbangkan kerajaan yang ada,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, terlalu banyak gabungan yang ditubuhkan kerajaan persekutuan, daripada Muafakat Nasional, PN dan kini GRS.

Semalam, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan pembentukan GRS yang terdiri daripada BN, PN dan PBS.

HomePILIHAN RAYAShafie dakwa Putrajaya taja parti kecil untuk pecah undi melalui GRS

Berkaitan

POPULAR