China mengejutkan pesaingnya dari ‘mimpi indah’ apabila melancarkan peluru berpandu berasingan menggunakan senjata hipersonik pada Julai lalu.
Ujian yang dilakukan China mencipta sejarah dalam era moden kerana tidak pernah dilakukan mana-mana pihak sebelum ini.
Menurut laporan Financial Times dan Wall Street Journal, ujian itu menunjukkan pembangunan senjata strategik China yang berkeupayaan nuklear lebih maju daripada yang jangkaan pesaingnya dalam perlumbaan senjata hipersonik.
Ini berikutan, di dalam peluru berpandu itu, ia mengandungi sebuah kenderaan pelancar, peluru berpandu jarak jauh, membawa kepala peledak hipersonik berpandu di seluruh dunia dan kemudian melepaskannya ke arah sasaran ujian di China.
Sementara itu, Jeneral di Pentagon, John Hyten, berkata hipersonik itu tidak seperti peluru berpandu balistik boleh dikemudi kerana ia terlepas sasaran lebih 32 kilometer.
Bercakap kepada CBS News minggu lalu, Hyten berkata, ujian hipersonik Julai lalu diikuti ujian kedua tiga minggu kemudian harus mewujudkan rasa gerun di AS.
Senjata hipersonik itu dilancarkan dari selatan China dengan peluru berpandu dilepaskan berasingan yang meluncur jauh sebelum jatuh tanpa bahaya ke Laut China Selatan.
Ujian itu mengejutkan kerana pelepasan berlaku ketika kenderaan itu bergerak pada kelajuan hipersonik melebihi 6,175 kilometer sejam.
Bagaimanapun, Financial Times berkata, pakar teknologi Pentagon tidak pasti bagaimana China berjaya melakukannya dan peranan potensi peluru berpandu yang dikeluarkan tidak jelas.
Ia boleh digunakan untuk menyasarkan atau memesongkan pertahanan negara musuh terhadap serangan hipersonik.
Pentagon berkata, China telah mempercepatkan pengeluaran kepala peledak nuklear yang boleh dibawa oleh peluru berpandu hipersonik serta kapal selam konvensional serta peluru berpandu balistik darat.