HomeBERITAAMSenator Bodek

Senator Bodek - huluselangor.com

Sejak semalam heboh ada seorang senator cadangkan supaya mencerca dan mencarut dalam media sosial dijadikan kesalahan yg boleh dihukum.

Mencerca dan mencarut yang macam mana?

Contoh kalau kita sebut butuh. Butuh di Malaysia lain di Indonesia lain. ‘Lancau‘ dengan ‘Lan Chow‘ lain. ‘Keymark‘ dengan ‘brakemark’ lain. Hawau dengan lahabau lain. Cibai dengan cabai pun lain.

Ada satu kes tahun 60an dulu seorang Cina dituduh mengikut kertas pertuduhannya dgn perkataan Police…. Lan Chow! (Zaman itu ejaan cha belum lagi tukar kpd Ca).

Oleh kerana kertas tuduhan dalam bahasa Inggeris, ia dieja Chow. Lan Chow dalam Cantonese boleh diertikan sebagai ‘smelly penis‘.

Dalam pembelaannya dia kata dia bukan carut atau cerca polis. Dia hanya beri amaran kepada kawannya bernama Ah Lan supaya lari atau pergi bila polis datang serbu tempat mereka main judi. Dia pun ulang di mahkamah, Polissssss….. Lannnnn chow! Lan chow!

Mahkamah memutuskan itu bukan mencarut kepada Polis.

Oleh kerana kesalahan itu dituduh dibawah Minor Offences Ordinance dan dia telah menimbulkan keraguan, dia dilepas dan dibebaskan.

Biasa juga kita dengar bila tiga sahabat karib seorang Cina seorang lagi Melayu dan seorang lagi India, dalam perbualan mereka cakap….aiyoooo….sekarang apa lancau income pun tara masuk ooooo.

Disudut bahasanya perkataan lancau itu adjective kepada income sahaja. Kalau bahasa Melayu…. kepala bapaknya lah…. income tak masuk lagi ni!
Nak bodek pun agak-agak lah…

Facebook Dato’ Shamsuddin Nawawi
https://web.facebook.com/ApaiSangKee/posts/10222075145502000

Rujukan:
Syor Rang Undang-Undang baharu tangani netizen melampau….
Satu rang undang-undang baharu berkait cercaan, hasutan dan carutan perlu diperkenalkan secara khusus dalam media sosial baharu atau pindaan undang-undang sedia ada dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/784823/syor-rang-undang-undang-baharu-tangani-netizen-melampau

HomeBERITAAMSenator Bodek

Berkaitan

POPULAR