Sebar Fahaman Kristian – Ahli Kariah Surau Pinta Perlembagaan Difahami ~ huluselangor.com

 

Sekumpulan ahli kariah surau sekitar Jalan Klang Lama, siang tadi berhimpun di depan kelas tuisyen yang didakwa menyebarkan agama kristian kepada pelajarnya.

Ia diketuai Pengerusi Kariah Surau Al-Musyrikin, Datuk Mustapha Kamal Mohd Yusof beserta kira-kira 50 ahli kariah surau.

Mereka berarak membawa poster, antaranya meminta kelas tuisyen ini memahami perlembagaan negara selain memberi amaran, segala tindakan kelas tuisyen itu akan diperhatikan.

Rabu lalu, kelas tuisyen ini yang disewa di kawasan perumahan, di Taman Hock Ann didakwa menyebar ajaran kristian kepada pelajarnya yang beragama Islam.

Kelas tuisyen terbabit dipercayai dibuka oleh mubaligh kristian sejak enam tahun lalu dan diikuti 16 murid Islam dari empat sekolah rendah dan menengah sekitar kawasan Jalan Klang Lama.

HomeBERITASebar Fahaman Kristian - Ahli Kariah Surau Pinta Perlembagaan Difahami

Berkaitan

POPULAR