HomeBERITA"Saya Tak Lupa Isu KWSP" - Najib

“Saya Tak Lupa Isu KWSP” – Najib - huluselangor.com

ADUH.

Antara paling awal sarankan skim i-Lestari, saya.

Yang tuntut sehingga dapat i-Sinar walaupun diberitahu PM8 dengan MP lain bahawa ianya sukar dan seumpama syarat Gunung Ledang, saya.

Yang bantah syarat-syarat terlalu ketat i-Sinar pada awalnya sehingga ianya dilonggarkan, saya.

Yang diserang dan dimaki jentera kerajaan PN termasuk JKOM sebab saya tuntutkan i-Sinar masa itu, saya.

Yang perjuangkan i-Citra ketika bermulanya PKP 3.0, saya.

Tapi saya juga yang disalahkan sebab had pengeluaran i-Citra belum dinaikkan dari RM5k ke RM10k walaupun saya bukan Menteri Kewangan ataupun PM? 😅

Saya tak lupa isu ini.

Okay. Ini status terkini.

Dua minggu lalu saya sarankan sekali lagi untuk i-Citra dinaikkan ke RM10k dalam perbahasan Dewan Rakyat saya.

Minggu lepas selepas dilawat Ketua Pemuda UMNO, CEO KWSP bersetuju membawa cadangan ini ke Menteri Kewangan untuk diluluskan.

“21 Sept 2021: Tuntutan i-Citra RM10,000, KWSP nyata komitmen permudah urusan, kata Pemuda Umno”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/21/tuntutan-i-citra-rm10000-kwsp-nyata-komitmen-permudah-urusan-kata-pemuda-umno/

Petang nanti saya akan sebut sekali lagi dalam perbahasan saya berhubung RMK12.

Tapi fokus saya nanti akan lebih kepada mencari jalan dengan memberi cadangan-cadangan untuk kerajaan pulihkan simpanan-simpanan Rakyat dalam KWSP serta cara-cara kerajaan boleh bantu Rakyat membina kekayaan peribadi.

Sumber: Facebook Najib Razak

HomeBERITA"Saya Tak Lupa Isu KWSP" - Najib

Berkaitan

POPULAR