Rumah hangus, dua beradik termasuk OKU rentung

0
233
Dua beradik maut selepas rumah yang mereka diami hangus awal pagi 12 Disember 2019. — Foto ihsan Facebook/Puteri Atikah | pakdin.my

KULA KURAU — Dua beradik maut dalam kebakaran sebuah rumah di Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, kira-kira 110 kilometer dari sini, awal pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Perak, mangsa yang maut dikenali sebagai Aisyah Din, 80, dan adiknya Ida, 56, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).

“Kedua-dua mangsa ditemui berdekatan dengan pintu utama rumah itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira 1.52 pagi.

Semasa anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Tanjung Piandang tiba di lokasi, rumah itu sudah terbakar 80 peratus, katanya. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.